Saturday, September 20, 2014

IKHLAS??? KAU RASA???

SAYA IKHLAS

Bercakap tentang ikhlas memang susah..sebab ikhlas bukan benda yang boleh ditunjuk..walaupun dengan lafaz..saya ikhlas!.. ibarat ikhlas adalah umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam gua pada waktu malam!..

Ikhlas..ujian terbesar untuk umat Muhammad.. tak susah untuk buat kebaikan tapi sangat2 susah untuk ikhlas.. apatah lagi ikhlas hanya untuk Allah... Orang yang ikhlas adalah orang yang tak mengharapkan penghargaan..tak mahu apa yang diberi atau dibuat itu disebut apatah lagi untuk disanjung-sanjung... ikhlasnya Nabi s.a.w menyampaikan dakwah, Baginda tak pernah marah pada orang yang tak terima dakwahnya..sampai pada orang yang tak suka Baginda pun Baginda tak pernah kecil hati...

Keikhlasan takkan lahir secara tiba-tiba tapi ia akan muncul dari hati yang dididik untuk ikhlas.. sebab tu banyaknya amalan hamba ni bukan jaminan untuk dia layak ke syurga.. sebab dalam banyak-banyak tu mungkin sikit sangat yang dilakukan ikhlas kerana nak cari redho Allah..atau mungkin juga tak ada langsung yang dibuat dengan ikhlas... buat ibadah sebab dah biasa buat dari kecil lagi..solat awal waktu sebab ada keperluan lain lepas tu...kalau tak,saja-saja dilambat-lambatkan solat tu..., buat baik sebab nak orang sebut atau ingat kita....tolong orang sebab nak orang tu tolong balik bila kita susah... bila berlaku sebaliknya mula la rasa tak senang, tak puas hati dan dah tak nak buat kebaikan pada
orang2 atau keadaan2 tertentu...

Kunci ikhlas ialah menutup pandangan manusia.. jadi takkan timbul bila buat kebaikan nak dijaja pada orang..bila ada keburukan sendiri pula cepat2 cover dengan salahkan orang lain... memburukkan orang untuk tonjolkan kebaikan kita bukan sifat yang baik.. Nabi kita dah bagi contoh kan, supaya balas kejahatan dengan kebaikan.. sebab kejahatan tu sifatnya kan tak berkekalan...bila datang kebenaran, terhapusla ia nanti...

Allah dah janji macam tu... tak perlu kita nak dahulukan janji Allah tu kalau betul kita yakin... Apapun yang kita buat, matlamatkanlah redha Allah.. itu yang akan jadikan kita sentiasa ikhlas.. jangan pernah mengharapkan sesuatu dari manusia..sebab pujian manusia adalah permulaan kehancuran untuk diri kita

No comments:

Post a Comment