CARILAH KEBAHAGIAN UTK DIRIMU...
Kalaulah bahagia boleh dijual beli, pasti inilah produk yg paling laris di pasaran..tapi sayang.. tak siapa mampu bagi bahagia pada orang lain..sebab hakikat bahagia sebenarnya ada pada orang yg mencari..cuma sebab tak faham dan tak tahu maka semua orang berlumba2 cari bahagia ikut pemahaman masing2..walaupun hakikat bahagia tu satu..iaitu bahagianya hati.
Bila 'dalam hati ada bunga ;) ' semua yg ada jadi menarik.. tapi kalau hati penuh luka, emas segunung pun tak mampu nak membuat kita senyum.. betul tak?? kunci bahagia tu satu..IMAN.. atau PERCAYA.. kalau tak nak banyak2 cukup percayakan yg SATU saja dulu..yg pertama dan paling utama untuk nak dipercayakan ialah ALLAH..settle yang tu, insyaAllah yang lain menyusul dengan mudah..
Bila hati percaya bahawa Allah yg Satu dan Esa itu sumber bahagia, apa lagi masalah yang kita ada?? bila hati itu juga mampu percaya bahawa Allah itu jugalah yg mampu buat kita gembira, apa lagi yang kita nak tagih dari manusia?? manusia tu hanya sandaran yang nak menyampaikan kita pada Dia.. sandaran tak layak dipuja apa lagi nak dicanang merata2..sandaran sifatnya flexible dan boleh diganti dengan apa saja.. maka, nak rasa bahagia mesti sedia utk korbankan banyak perkara..tapi yang menariknya apa yang perlu dikorban kebanyakannya perkara yang memang tak perlu kita ada.. dengki, dendam, marah, was2, curiga, dan yang paling
penting RASA TAK PERCAYA. sebab rasa tak percaya akan halang hati dari melihat sesuatu melalui suluhan yg betul.. rasa tak percaya juga mampu sekat bahagia yg sebenarnya memang sangat2 nak berkunjung ke hati2 kita.. Jom..jadikan hati kita selalu percaya bahawa yang utama dalam hidup kit adalah ALLAH..
JALAN BAHAGIA
JALAN BAHAGIA
Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira
Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan Tiada yang kuasa melainkan Dia Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat Tekun pada amal ibadah
Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa Untuk-Mu
kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat
-Mu Pandangan kasih-
Mu Pimpinlah kami jalan bahagia Selamanya
Album : Jalan Bahagia / Munsyid : Hijjaz
No comments:
Post a Comment