Thursday, September 11, 2014

CURAHKAN RASA CINTA DALAM MASAKAN KITA!!!! APA RAHSIANYA???

MEMASAK DENGAN SEPENUH JIWA

Macamana kita masak, macam tu lah sebenarnya cara kita mengendali hidup seharian..ada orang tak pandai masak.. tapi tahu teori memasak..ada orang perlu cukup rencah baru boleh masak..ada orang tak suka masak walaupun tahu masak..ada orang, bagilah apa pun, insyaAllah jadi je.. ada jugak yang walaupun cukup bahan tapi tetap tak mampu hasilkan masakan yang menarik.. macam2 kan? ;)
Dalam menyediakan sesuatu masakan, matlamat kita pastinya hanya satu..iaitu memenuhi selera orang yang nak makan.. sebab tu la kdg2 bahan yg nak jadikan daya tarikan lebih banyak dari bahan masakan.. kos hiasan pun kdg2 lebih mahal dari kos lain.. tu belum kira nak ukir tomato n mcm2 benda nk nampakkn menarik..;)
Dan dalam keghairahan nak mendapat ‘credit’ dari orang inilah, banyak faktor penyedap masakan yang kita tinggalkan.. rahsia yang jarang atau mungkin tak pernah orang kongsikan.. mudah tp susah nk amalkan..itulah ikhlas dan memasak dengan tujuan membesarkan Allah s.w.t.. mcm pelik je bunyinya kan?? Tapi inilah hakikat..inilah kenyataan.. bahan yang cukup, peralatan canggih, suasana yang baik, jenama barangan atau bahan yang hebat, bukan jaminan terhasilnya makanan lazat yang mampu menjadi ‘ingatan’ orang.. tapi kuncinya adalah pergantungan kita sepanjang proses memasak dijalankan.. bergantung pada yang maha memberi agar mengurniakan hidangan yang mampu membuatkan sesiapa pun yang makan bukan sahaja kenyang tapi rasa terhibur.. dan memasak dengan tujuan membuat orang yang makan sedar betapa hebatnya Allah yang berkuasa
mengurniakan kesedapan pada makanan adalah satu tanggungjawab berat yg perlu dipikul oleh semua ‘tukang2 masak’ seluruh dunia.. kalau tujuan kita memasak adalah untuk membuat orang bersyukur pada Allah, takkan Allah tak bantu beri rasa enak yang boleh gembirakan orang, kan?! Sebab tu ikhlas semata2 kerana Allah tu penting..sebab sekalipun kita bukan pakar, dan tak punya kelengkapan macam orang lain tapi kuasa Dia, mampu memberi rasa ‘luar biasa’ pada orang2 yang makan..
Memasak untuk memberi makan semata2, sesiapa pun boleh lakukan.. dan tak hairan kalau kita rasa tugas bibik memasak di dapur peribadi kita itu mudah.. tapi kerja ‘mudah’ ini tidak murah, sebab kesannya membawa kepada pembentukan generasi.. apa yang terhasil itulah yang menjadi darah daging kita..dan bagaimana proses pembuatannya, itulah antara cara peribadi anak2 terbina..
Siang ikan, potong sayur sambil membebel takkan sama dengan melakukannya sambil berzikir.. tumis bahan dengan BISMILLAH lain dari ‘campak’ dengan rasa ‘megah’ atau marah.. basuh dan bilas dengan SELAWAT bersihnya lain dari basuhan sekalipun guna Clorox ;)..
Sebab itu, makanan paling sedap di dunia ;) bagi seorang kanak2 adalah makanan ibunya.. walaupun pd mulut orang lain, rasa itu biasa2 saja tapi keikhlasan yang disebut ‘air tangan’ ibu itulah rahsia kenapa anak tak boleh lari dari rumah sebab takut rindu makanan ibu mereka ;).. inilah rahsia yang sekarang dah tak jd rahsia ;)inilah sebenarnya rahsia di sebalik rahsia bila kita memasak dengan jiwa ;)
Tak percaya? Cuba la..ada pasti merasainya ;) peace!!.

No comments:

Post a Comment