HIJRAH KITA
Kisah hijrah agung dah berlalu lebih 1434 tahun..kisah yang mungkin tiada ulangan tapi yang pasti semangat dari kisah tu akan terus kekal kalau kita nak menghidupkan..dalam peristiwa hijrah tu macam2 versi dan sudut pandang boleh kita wujudkan.. cuma antara nak atau tak je..kan?? Hijrah kalau difaham dengan makna berpindah, mungkin jadi sesuatu yang agak susah nak dipraktikkan..apatah lagi kalau yang nak pindahkan atau tinggalkan sesuatu yang dah sebati dengan kita atau yang kita sayang.. hijrah Nabi s.a.w memang menunjukkan nabi berpindah dari Mekah ke Madinah.. tapi perpindahan Nabi s.a.w tak pernah mengurangkan apa yang telah Nabi s.a.w mulakan..tak satu pun kebaikan ditinggalkan..
semuanya ditingkatkan dan ditambahbaikkan..
Jadi kalau kita mampu faham macam tu maknanya setiap dari kita berperanan untuk berhijrah pada setiap tibanya tahun baru atau mungkin juga setiap hari ;).. kan muslim yang baik itu hari ini lebih baik dari semalam..memang bukan kewajipan tapi sebagai menjejak langkah peribadi contoh kita..tak salah kan?? ;) Tentang apa yang nak dihijrahkan, kena tanya diri masing2.. kuncinya satu.. dan sama bagi setiap manusia.. kita tak dicipta melainkan hanya untuk menyembah Allah kan?? so ciptalah penghijrahan yang akan mengarah kita kepada tujuan penciptaan itu..di manapun kita, apapun peranan kita, berhijrahlah dengan cara-cara kita sendiri.. aturlah langkah hijrah kita dengan strategi tersendiri..
Dalam diri kita kan ada raja, menteri dan tentera2 yang boleh membantu menggerakkan segala cita2..tapi jangan pernah lupa bahawa keperluan utama kita adalah pertolongan dari Raja segala raja.. masuk mengadaplah selalu.. faham perintah dan suruhanNya, dan cubalah mengatur langkah...
Agungnya kisah hijrah hingga Allah mengizinkannya untuk dinukil sebagai perkiraan kehidupan harian kita..mungkin Allah mengizinkan juga kisah itu terus menemani kita dalam mempertingkatkan tahap kita mengingatiNya.. sebab pada kisah hijrah, Nabi s.a.w tidak hanya berhijrah untuk kebaikan tertentu, tapi berhijrah kerana ketaatan pada Allah... dan kita juga perlukan ketaatan itu untuk menjadikan hijrah kita lebih indah.. sebab hanya ketaatan dan kecintaan yang mampu menjadi ubat kepada kesusahan, kesedihan, pengorbanan, dan pelbagai sifat 'pahit' hijrah... dan pastinya kita juga sebenarnya memerlukan 'sifat2 pahit' ini untuk memberi kesembuhan pada jutaan 'penyakit' kita..
so, JOM HIJRAH! ;)
No comments:
Post a Comment