Monday, October 27, 2014

TANGISAN AKU PERGI (EHSAN PELIRIK BEBAS)

Tangisan Aku Pergi


Di sini bermula cerita kau dan aku,
Semua rasa sayang cinta dan rinduku,
Segala janji dan sumpah setia..
Oooo..ooo..oooo

Aku coretkan sebuah puitis,
Untuk tatapan dikau yang ku sayang,
Antara kita berakhir segalanya,
Namun ku setia...

Kini tangisku tiada lagi yang memujuk,
Kini tawaku tiada lagi yang menyambut,
Aku sendiri, maseh sendiri,
Hidup sepi...

Maafkan aku melepaskanmu,
Atas nama cinta, rasa dan rinduku,
Aku pergi tak kembali,
Maafkan diriku sayang...

Akhirnya kita menjadi kenangan,
Kau kini bahgia bersama yang lain,
Namun aku tetap teguh,
Demi janji..kita....

Saturday, October 25, 2014

10 LANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA...

10 LANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA

1.   Jawab soalan-soalan ni dulu. Kalau ada jawapan TAK maknanya tak berapa sesuai la baca buku ni.. ok soalannya adalah:
1.   Layak dah ke aku nak fikir pasal kahwin?
2.  Agak-agak mak ayah pun dah rasa ke aku ni layak untuk kawin?
3.  Kawan sebaya aku dah ada yang kawin?
4.  Aku rasa aku ni memang dah betul-betul kena kawin ni?
5.  Aku dah tahu kenapa aku perlu kawin cepat?
6.  Aku rasa sekarang adalah masa terbaik aku mula berfikir tentang berkahwin?
7.  Aku nak kawin macam kebanyakan orang lain kawin..maksudnya ;
i.    Aku tak nak kena tangkap basah.
ii.   Aku tak nak kawin lari.
iii.  Aku tak nak mak mertua tak datang kenduri aku sebab tak restu.

Kalau 10 soalan tadi jawapannya YA..jom kita mula melangkah ke langkah seterusnya menuju alam rumahtangga. Kat depan nanti ada 10 langkah menuju alam rumahtangga.



Kenapa perlu sangat nak bersungguh bagai nak kena tahu ni? Ok..ni 10 sebab kami nak bagi.. pilihla mana jawapan yang sesuai untuk korang.. ;)

i.     Pernikahan adalah sunnah. maka melaksanakan sunnah perlulah sebaik dan sesempurnanya supaya tepatlah dengan tujuan sunnah itu dicipta.
ii.    Perkahwinan adalah perkara besar yang mampu merubah hidup kita. menjadikan kita bukan seperti kita yang dulu bahkan dari sudut persoalan agama pun bakal wujud hukum baru yang perlu kita fahami.
iii.   Berkahwin melibatkan 2 pihak utama iaitu keluarga lelaki dan keluarga perempuan. Anak lelaki selamanya terikat dengan ibunya manakala anak perempuan selagi belum pernah berkahwin maka tanggungjawab masih sama di bahu ayah. Jadi nak memenuhi kehendak mak si lelaki dan dalam masa sama keinginan ayah si perempuan bukanlah hal mudah dik oii..
iv.   Kahwin ni hukum asalnya harus. Tapi dalam situasi tertentu ia mungkin jadi wajib,sunat atau juga makruh dan haram. Tu yang kena tahu. Bukan asal ada orang nak ajak kau kawin je kau pun melantun2 rasa kena kawin.. semak dan tenung dulu.
i.     Berumahtangga hakikatnya bukan mengikut apa yang kita mahu tapi ikut apa yang kita perlu ikut. Barula berkat dan selamat.
ii.    Kahwin bukanlah happy ending kisah hidup manusia..tapi ia permulaan kepada sesuatu yang tak mampu kita jangka dan duga.
iii.   Duit bukan segalanya bagi sebuah perkahwinan tapi kahwin perlu duit dan bajet maka kena tahu juga serba serbinya.
v.    Orang Islam hidup matinya adalah untuk Allah. Jadi kerana perkahwinan adalah sebahagian kehidupan maka perlulah benar2 faham untuk jadikan ianya benar2 dilakukan kerana Allah.
i.     Aturan nikah kahwin seseorang tak sama. Sebab itu perlu faham supaya kita adalah kita dan mereka tetaplah mereka.
vi.   Semua orang khususnya wanita mengharapkan agar pernikahan pertama adalah yang terakhir buatnya. Tapi siapa yang boleh menjamin apa yang kita harapkan. Maka andai yang pertama atau terdahulu tak berjaya mungkin ada langkah di sini yang boleh kita susun semula menuju gerbang baru alam rumah tangga.






InsyaAllah..sekarang masa untuk kita melangkah ke gerbang rumah tangga. Peringatan untuk semua..langkah dengan lafaz bismillah ye :

Wednesday, October 22, 2014

DRAMA KHP : AKU TANPA ZURIAT!!!

PROPOSAL TELEMOVIE




JUDUL:
AKU TANPA ZURIAT




 DISEDIAKAN OLEH:
SURIA SAAD

DISEMAK OLEH :
SURJA KHAIRUL ISHAK (JAJA ISHAK)


DITERBITKAN OLEH :
KHALIL HISYAM PRODUCTION 



SINOPSIS TELEMOVIE
Oleh; Suria Saad/ Surja Khairul Bin Ishak


JUDUL
AKU TANPA ZURIAT

DURASI


TARGET PENONTON
UMUM

ASAS CERITA

SITUASI
Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak dipercayai mampu menjadi pengikat hubungan antara suami isteri. Konflik ketiadaan zuriat pula telah menjadi antara punca keretakan institusi rumah tangga.

Menerima hakikat ketiadaan zuriat adalah sesuatu yang sangat perit bagi pasangan suami isteri. Namun derita lebih dirasa oleh wanita yang sering dianggap menjadi punca bila pasangan tidak dikurniakan zuriat. Poligami dengan alasan tiada zuriat juga seakan menjadi fenomena dalam masyarakat.

Justeru, drama ini cuba memberi perkongsian dan panduan khususnya kepada golongan wanita dalam mendepani konflik rumahtangga tanpa kehadiran cahaya mata. Semoga masyarakat akan terdidik untuk lebih memahami dan menerima sesuatu yang berlaku tidak hanya dari kacamata adat tetapi lebih utama dengan bersumber pandangan dan nilaian agama. Ini bertepatan firman Allah : " Kadangkala kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagimu dan kadangkala kamu membenci sesuatu sedang ia baik untukmu".


OBJEKTIF
-       Memberi ruang golongan yang melalui kisah sama untuk merasa difahami.
-       Menyedarkan masyarakat bahawa takdir manusia tidak sama dan ia adalah kehendak Allah.
-       Memaparkan tips dan panduan santai pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata untuk menghadapi reaksi keluarga dan masyarakat.
-       Memberi pengetahuan mengenai tujuan kehidupan manusia sebagai seorang hamba Allah
-        


SINOPSIS

Iskandar seorang anak tunggal kepada seorang usahawan terkenal dan sedang mengusahakan perniagaan keluarga. Beliau seorang yang sangat rajin melakukan aktiviti kemasyarakatan di masa lapang. Ibunya Datin Maria adalah seorang yang sangat sederhana  tapi sangat menjaga anaknya namun tidaklah sehingga mengongkong kehidupan Iskandar. Datin Maria mempunyai seorang abang yang telah menjaganya semenjak selepas kematian ibu bapa mereka. Kerana jasa abangnya itu Datin Maria banyak terkesan dengan cadangan dan keputusan abangnya Halim dan kakak iparnya Ramlah.

Iskandar mempunyai seorang kenalan bernama Liana. Mereka berkawan baik semenjak sama-sama terlibat dengan program kemasyarakatan di universiti. Persahabatan mereka berterusan sehingga alam kerjaya kerana minat dan hobi yang sama iaitu berbakti kepada masyarakat. Keduanya saling menyembunyi perasaan kerana Iskandar telah dimaklumkan untuk dijodohkan dengan Sofia, anak saudara kepada Ramlah. Namun dari hari ke hari Iskandar semakin tawar hati dengan sikap ibu saudaranya yang terlalu mendesak dan sering bercakap tentang harta peninggalan arwah ayahnya. Iskandar sering mengunjungi rumah amal di mana Liana berkhidmat sukarela di sana.

Iskandar akhirnya memutuskan untuk mengahwini Liana setelah Datin Maria memberi restu untuk mereka bersama walaupun ditentang hebat oleh Ramlah. Perkahwinan mereka amat bahagia dengan cinta selepas berkahwin yang mereka lalui.

Namun konflik demi konflik timbul bilamana masih tiada tanda bahawa mereka akan dikurniakan cahaya mata. Sikap Datin Maria yang terhasut dengan Ramlah dan saudara maranya memberi tekanan kepada Iskandar dan Liana. Hubungan mereka kadangkala menjadi tegang bila isu zuriat diutarakan. Keluarga Iskandar seolah-olah meletakkan kesalahan pada Liana.

Konflik memuncak bila Sofia sekali lagi dimunculkan dalam hidup Iskandar. Dipaksa bekerja bersama Sofia menjadikan Iskandar serba salah dan keliru antara kasih seorang isteri dan juga hajat keluarga untuk melihat dia mempunyai cahaya mata.

Liana tiba-tiba menyuarakan keizinannya agar Iskandar mengahwini Sofia dengan 2 syarat. Pertama dia mahu bermusafir bersama Sofia dan Datin Maria sebelum mereka berkahwin. Dan yang kedua Liana tidak boleh bekerja selepas berkahwin.

10 hari musafir mereka menunaikan umrah telah merubah kisah hidup Liana dan Iskandar. Datin Maria sendiri telah nekad membatalkan kesungguhan rancangan menyatukan Iskandar dan Sofia dengan alasan dia telah mengenali siapa Sofia dan dia telah faham kesilapannya sering memberi tekanan kepada anak menantunya dalam hal memiliki zuriat.

Ramlah yang berdendam dengan apa yang berlaku dengan sengaja membongkar kisah sebenar bahawa Iskandar adalah anak angkat Datin Maria dan Dato Osman. Iskandar pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan dan menjauhi ibunya. Namun akhirnya segalanya kembali pulih bila Liana disahkan hamil. Berseri kembali keluarga dan rumahtangga mereka. Namun sewaktu usia kandungan Liana 9 bulan, Iskandar mengalami kemalangan dan meninggal dunia.  Liana membesarkan Zulkarnain anak mereka dengan azam menjadikan dia seperti mana doa ayahnya Iskandar.


PARA PELAKON

 NNT FIKIR 



  

Wednesday, October 8, 2014

UTK LEBIH DIHORMATI PENUHI DADA DGN ILMU... WALAUPUN KITA SEORANG POMPUAN NOKS!!!! KAU RASA??? PILING TAK?

WANITA DAN ILMU

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِ م

"Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim".

Sesungguhnya tuntutan menuntut ilmu bukanlah tuntutan khusus bagi kaum adam semata. Sebagai wanita yang memegang amanah hebat membentuk generasi ummat, kaum hawa juga tutut sama dipertanggungjawabkan untuk mencari dan mendalami ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu perlu dijadikan salah satu rutin kehidupan yang tidak boleh dikesampingkan. Dalam kesibukan menjadi tenaga kerja juga suri rumahtangga, wanita wajib mencari ruang dan peluang untuk sama-sama menambah ilmu dan pengetahuannya. Bagi memulakan langkah menjadi wanita solehah yang akan bahagia di dunia dan akhirat, wanita perlu terlebih dahulu bersedia menjadi penuntut ilmu sepanjang masa. Mendalami bahan bacaan, menghadiri pengajian, berkongsi sesama kawan-kawan yang baik adalah antara cara mudah mencambahkan ilmu pengetahuan. Namun sebagai wanita muslimah yang mempunyai nilai dan darjat yang mulia dari wanita-wanita lain, adab dan etika menuntut ilmu haruslah difahami sebaiknya. Dengan pemahaman yang baik, wanita mampu mencapai keutamaan dalam hidupnya tanpa mengabaikan tanggungjawab dan amanah sedia ada.
Antara adab-adab yang perlu difahami oleh golongan muslimah berkaitan dengan menuntut ilmu adalah:
1. Mendapat izin suami (untuk yang bersuami) untuk keluar menuntut ilmu.
2. Penglibatannya dalam majlis ilmu perlulah aman dari fitnah.
3. Mencari guru di luar setelah tiada yang boleh mendidiknya di kalangan mahramnya.
4. Tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga dan keluarga.
Wanita tidak akan mampu menjadi isteri, ibu, anak, pekerja, ketua, atau apa sahaja tanpa ilmu yang mencukupi. Dan hanya ilmu agama yang mampu menambah kesempurnaan tugas seorang wanita samaada dalam kehidupan peribadi atau bermasyarakat. Ini kerana Islam sebagai agama yang sempurna telah menyediakan garis panduan yang cukup lengkap untuk membantu para wanita menjadi yang terbaik di kalangan yang baik.

“Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya mengerti masalah agama.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Persoalan hari ini sejauh mana masyrakat merasa perlu untuk terus mendalami ilmu? Adakah cukup dengan pengiktirafan dari helaian sijil yang menyatakan seseorang itu telah memiliki ilmu dalam bidangnya? Inilah persoalan yang cukup membimbangkan bilamana ijazah dan kelulusan menjadikan manusia merasa cukup dengan apa yang ada. Jawatan besar juga membuatkan manusia merasa hebat dan sempurna dari terus mempersiapkan diri menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama. Hari ini, kata-kata ‘Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’ seakan tidak ada kebenaran. Kita seakan rela berada dalam budaya ikut-ikut dari mengkaji sendiri sesuatu yang datang kepada kita melalui neraca

timbangan ilmu yang benar. Kita seakan tidak sanggup menggadaikan sedikit masa untuk mendalami ilmu apalagi untuk menjadi pencinta-pencinta ilmu.

“Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata:
“Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mahu mencari ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dikutip dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah’, halaman 14-15)
Nyata di sini bahawa ilmu amat diperlukan untuk menjana kecemerlangan seseorang insan. Tanpa ilmu manusia tidak mungkin memiliki apa-apa yang dihajatinya dengan pemilikan yang sebenar. Memiliki ilmu akan menjadikan manusia mampu menyelamatkan diri dari kejahilan yang pastinya akan merosakkan kehidupan.

Dr. ‘Aidh Qarni dalam bukunya yang bertajuk ‘La Tahzan (Jangan Bersedih) ada menyebut tentang bagaimana ilmu mampu menghilangkan kesedihan dalam diri manusia. Beliau menyatakan bahawa manusia yang memiliki ilmu akan memahami hikmah disebalik ujian dan kesedihan yang ditimpakan Allah padanya. Dengan yang demikian kesedihan dapat diatasi dengan sebaiknya.
Ilmu tidak hanya diperlukan untuk meraih habuan dunia semata, bahkan ilmu yang lebih utama adalah ilmu yang mampu menghidupkan jiwa untuk terus mengingati Allah dan RasulNya.
Saidina Ali r.a ada menyatakan:

“Sesiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang menghendaki keduanya maka hendaklah juga dia berilmu’.