PROPOSAL TELEMOVIE
JUDUL:
AKU TANPA ZURIAT
DISEDIAKAN OLEH:
SURIA SAAD
DISEMAK OLEH :
SURJA KHAIRUL ISHAK (JAJA ISHAK)
DITERBITKAN OLEH :
KHALIL HISYAM PRODUCTION
SINOPSIS
TELEMOVIE
Oleh;
Suria Saad/ Surja Khairul Bin Ishak
JUDUL
AKU TANPA ZURIAT
DURASI
TARGET
PENONTON
UMUM
ASAS
CERITA
SITUASI
Memiliki zuriat
adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak dipercayai
mampu menjadi pengikat hubungan antara suami isteri. Konflik ketiadaan zuriat
pula telah menjadi antara punca keretakan institusi rumah tangga.
Menerima hakikat
ketiadaan zuriat adalah sesuatu yang sangat perit bagi pasangan suami isteri.
Namun derita lebih dirasa oleh wanita yang sering dianggap menjadi punca bila
pasangan tidak dikurniakan zuriat. Poligami dengan alasan tiada zuriat juga
seakan menjadi fenomena dalam masyarakat.
Justeru, drama ini
cuba memberi perkongsian dan panduan khususnya kepada golongan wanita dalam
mendepani konflik rumahtangga tanpa kehadiran cahaya mata. Semoga masyarakat
akan terdidik untuk lebih memahami dan menerima sesuatu yang berlaku tidak
hanya dari kacamata adat tetapi lebih utama dengan bersumber pandangan dan
nilaian agama. Ini bertepatan firman Allah : " Kadangkala kamu menyukai
sesuatu sedang ia buruk bagimu dan kadangkala kamu membenci sesuatu sedang ia
baik untukmu".
OBJEKTIF
-
Memberi ruang
golongan yang melalui kisah sama untuk merasa difahami.
-
Menyedarkan
masyarakat bahawa takdir manusia tidak sama dan ia adalah kehendak Allah.
-
Memaparkan tips
dan panduan santai pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata untuk menghadapi
reaksi keluarga dan masyarakat.
-
Memberi
pengetahuan mengenai tujuan kehidupan manusia sebagai seorang hamba Allah
-
SINOPSIS
Iskandar seorang anak tunggal kepada
seorang usahawan terkenal dan sedang mengusahakan perniagaan keluarga. Beliau
seorang yang sangat rajin melakukan aktiviti kemasyarakatan di masa lapang.
Ibunya Datin Maria adalah seorang yang sangat sederhana tapi sangat menjaga anaknya namun tidaklah
sehingga mengongkong kehidupan Iskandar. Datin Maria mempunyai seorang abang
yang telah menjaganya semenjak selepas kematian ibu bapa mereka. Kerana jasa
abangnya itu Datin Maria banyak terkesan dengan cadangan dan keputusan abangnya
Halim dan kakak iparnya Ramlah.
Iskandar mempunyai seorang kenalan
bernama Liana. Mereka berkawan baik semenjak sama-sama terlibat dengan program
kemasyarakatan di universiti. Persahabatan mereka berterusan sehingga alam
kerjaya kerana minat dan hobi yang sama iaitu berbakti kepada masyarakat.
Keduanya saling menyembunyi perasaan kerana Iskandar telah dimaklumkan untuk
dijodohkan dengan Sofia, anak saudara kepada Ramlah. Namun dari hari ke hari
Iskandar semakin tawar hati dengan sikap ibu saudaranya yang terlalu mendesak
dan sering bercakap tentang harta peninggalan arwah ayahnya. Iskandar sering
mengunjungi rumah amal di mana Liana berkhidmat sukarela di sana.
Iskandar akhirnya memutuskan untuk
mengahwini Liana setelah Datin Maria memberi restu untuk mereka bersama
walaupun ditentang hebat oleh Ramlah. Perkahwinan mereka amat bahagia dengan
cinta selepas berkahwin yang mereka lalui.
Namun konflik demi konflik timbul
bilamana masih tiada tanda bahawa mereka akan dikurniakan cahaya mata. Sikap
Datin Maria yang terhasut dengan Ramlah dan saudara maranya memberi tekanan
kepada Iskandar dan Liana. Hubungan mereka kadangkala menjadi tegang bila isu
zuriat diutarakan. Keluarga Iskandar seolah-olah meletakkan kesalahan pada
Liana.
Konflik memuncak bila Sofia sekali lagi
dimunculkan dalam hidup Iskandar. Dipaksa bekerja bersama Sofia menjadikan
Iskandar serba salah dan keliru antara kasih seorang isteri dan juga hajat
keluarga untuk melihat dia mempunyai cahaya mata.
Liana tiba-tiba menyuarakan keizinannya
agar Iskandar mengahwini Sofia dengan 2 syarat. Pertama dia mahu bermusafir
bersama Sofia dan Datin Maria sebelum mereka berkahwin. Dan yang kedua Liana
tidak boleh bekerja selepas berkahwin.
10 hari musafir mereka menunaikan umrah
telah merubah kisah hidup Liana dan Iskandar. Datin Maria sendiri telah nekad
membatalkan kesungguhan rancangan menyatukan Iskandar dan Sofia dengan alasan
dia telah mengenali siapa Sofia dan dia telah faham kesilapannya sering memberi
tekanan kepada anak menantunya dalam hal memiliki zuriat.
Ramlah yang berdendam dengan apa yang
berlaku dengan sengaja membongkar kisah sebenar bahawa Iskandar adalah anak
angkat Datin Maria dan Dato Osman. Iskandar pada mulanya tidak dapat menerima
kenyataan dan menjauhi ibunya. Namun akhirnya segalanya kembali pulih bila
Liana disahkan hamil. Berseri kembali keluarga dan rumahtangga mereka. Namun
sewaktu usia kandungan Liana 9 bulan, Iskandar mengalami kemalangan dan
meninggal dunia. Liana membesarkan
Zulkarnain anak mereka dengan azam menjadikan dia seperti mana doa ayahnya
Iskandar.
PARA
PELAKON
NNT FIKIR
No comments:
Post a Comment