AL-QURAN ITU PENAWAR
Hari ini apa saja jenis ubat yang dijual pasti mendapat sambutan. Maklumlah pelbagai penyakit dah muncul sampai ada yang tak ada nama nak digelar padanya. Kalau dulu2 sesetengah penyakit hanya mendekati golongan berusia, tapi hari ini seakan tak ada halangan untuk sesuatu penyakit menyerang sesiapa saja hatta kepada anak2 kecil..
Untuk lepas dari penyakit, manusia sanggup lakukan apa saja. Apalagi bila kesakitan itu ditimpa kepada orang yang kita sayang..wang ringgit bukan sesuatu yg penting lagi..sebut saja di mana2 pun kalau betul ada ubatnya, kita akan sanggup pergi..memang bagus berusaha mencari ubat dan rawatan, tapi lagi bagus kalau kita berusaha mencegah dari awal..sebab kebanyakan penyakit datang selepas kita yang menjemputnya ;)..
Allah dah sebut bahawa al-Quran adalah penawar dan rahmat..sungguh! itulah hakikatnya sebab kata2 Allah semuanya benar..tapi persoalannya, berapa ramai dari kita yang dah menjadikan al-Quran sebagai penawar..dan dah mengambil dengan sepenuh hati ayat2 dari kitab suci ini sebagai sumber pencegahan segala penyakit kita?? Inilah soalan yang kadang2 boleh buat orang menggaru kepala.. ;)
Ramai dari kita yang memaksa diri percaya setelah ubat2 lain ‘tak jalan’ untuk sembuhkan penyakit2 mereka..maka larislah perubatan yang meletakkan bacaan ayat al-Quran sebagai salah satu kaedah rawatan..mungkin ini perkembangan positif tentang penerimaan kita pada ayat2 al-Quran..
Namun apa yang menyedihkan bila penawar al-Quran hanya diperlakukan seperti ubat biasa yang kita ambil..hanya ambil bila perlu..dan tinggalkan bila dah rasa sedikit sihat. Seperti orang2 yang terkena gangguan makhluk halus… derita gangguan menjadikan mereka ‘terpaksa’ belajar memasang ayat2 al-Quran di rumah.. dan Alhamdulillah banyak berlaku, kerana ‘diganggu’ kita baru mahu mengambil tahu tentang ayat2 Allah ini..namun amat mendukacitakan kalau apa yg diamalkan dalam ketakutan ini tak dilatih tubi untuk dikekalkan..
Realiti ini sebenarnya menyedihkan…menjadikan Allah dan kalamnya sebagai pilihan terakhir dalam membuat keputusan..dan kadang2 yang lebih memalukan bila ayat2 al-Quran dijadikan azimat dengan sekadar ikut2an.. dan sebab itu ada yang tidak tahu pun ayat apa yang digantung di premis mereka kerana meletakkannya sekadar meniru kebiasaan orang lain! Maka jika beginilah kisahnya, susahlah.. mana mungkin kita merasa keberkesanan dan kehebatan kalam Allah kalau penerimaan kita bukan sepenuh hati…
Mungkin sekarang sudah masanya kita kembali menjadikan Al-Quran sebagai terapi dan penawar utama diri dan keluarga kita..bermula dengan membawa al-Quran ke dalam rumah-rumah kita.. belajar membaca atau merutinkan bacaannnya bagi yang sudah mahir membaca.. moga manfaatnya nanti bukan hanya memberi kesihatan dan ketenangan di dunia tapi al-Quran juga mampu mensyafaatkan kita di hari akhirat nanti.
Ayat syifa’ @ hadith tentang syafaat al-Quran.
Syarikat Pengurusan Acara, Annual Dinner, Family Day,Team Building,Ceramah Agama, Motivasi Pelajar,Perkahwinan, Juruacara,Sukan,Kelas Asas Photografi,Videografi,Catering, Info dan Khidmat Nasihat Percuma.
Saturday, September 27, 2014
Thursday, September 25, 2014
KITA YANG BERUNTUNG
Cakap pasal untung mesti akan terbayang pasal urus niaga kan? ye la..mana nak datang untung tanpa keluarkan modal...kalau nak untung besar..modal pun kena besar la...betul tak?? itu cerita berniaga tapi kita tak nak cerita berniaga2 ni sebab bukan semua orang jiwanya suka nak berniaga...tapi yang pasti semua orang nak untung....kan?
Dalam tak sedar kita yang bernama muslim ni memang dah semulajadinya beruntung...untung besar lagi...kita ada Allah yg maha hebat dari segala sudut dan segi...kita ada Dia yang akan mencukupkan segala kekurangan kita...kita ada Dia yang maha baik dan maha memahami segalanya...kita ada tempat mengadu yang tak pernah perlukan kita buat appointment kalau kita memerlukan...sentiasa available dan free of charge....cuma silap kita sendiri yang selalu meletakkan term and condition untuk menghadap Allah....hatta untuk ingat Allah...sedangkan Allah tu sentiasa ada untuk kita dan teramat dekat dengan kita...
Mungkin kita selalu rasa susah untuk ingat Dia dengan sebab segala bentuk pra syarat yang kita cipta itu.. tapi kita perlu tahu yang Allah tak pernah letakkan apa2 syarat kelayakan untuk kita meminta, mengharap, merayu atau merintih pada Dia...bila2 masa dan di mana sahaja...Dia ada untuk mendengar 'cerita' kita...mungkin kita tak ingat Allah sebab kita tak ada cerita nak diceritakan pada Dia...tapi betul ke?? atau kita yang tak mahu bercerita...lebih selesa untuk disimpan dan diceritakan pada orang2 tertentu...orang yang kita sayang atau orang yang sayang kita.. atau untuk orang yang
kita rasa boleh faham perasaan kita..tapi ada ke yang lebih sayang dan faham kita daripada Allah.??..
Allah amat faham kita sebab tu Dia tak pernah minta balasan dari apa yang Dia bagi sebab Dia tahu kita ni tak ada apa2 pun...sayangnya Dia pada kita..walaupun kita tak ingat Dia dan 'jasa2' Nya tapi tetap Dia bagi juga lagi rezeki dan nikmat pada kita...baiknya Dia kan??
Rasa susah mungkin sebab kita tak pandai...tak pandai tu datang dari tak tahu...nak tahu kena belajar...banyak step tu kan??
Tapi kita ambil saja yang paling mudah dulu...minta saja dengan Allah. Nabi s.a.w ada ajarkan Saidina Muaz r.a satu doa...
اللهم اعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatimu, bersyukur padaMu dan melakukan ibadah kepada Mu dengan sebaiknya"
Nak paham, nak pandai dan nak dimudahkan itu semua dari Allah. Jadi..jom selalu ingat dan minta dari Allah..
Monday, September 22, 2014
BENCANA KEZALIMAN / DAN KURNIA!!!
Segala bencana yang melanda dunia hari ni mungkin hanya kejadian alam bagi sesetengah kita...namun tak kurang yg memikirkan kemungkinan itu balasan untuk sesetengah perkara...atau juga pengajaran untuk kita yang masih ada nyawa ni... dan andai kita tahu apa mesejnya maka bukanlah sekadar simpati dan sedih hati saja yang kita luahkan tapi juga kita akan merasakan ketakutan yang hebat dengan 'show' itu... takut kalau kita yang akan ditakdirkan menjadi mangsa bencana2 tu..atau yang paling perlu ditakuti kalau doasa2 kitalah yg jadi penyebab orang lain terpaksa turut sama menerima 'penderitaan' tu...
Banyak perkara yang kita tak tahu kan?? sesuailah dengan sifat kita sebagai hamba yang serba kekurangan ni...tapi kekurangan bukan beerti kelemahan sebab kalau semua yang kita rasa kekurangan tu difahami sebaiknya kita akan yakin bahawa semua tu adalah kurniaan.. pemberiaan dari Allah untuk kita... bukan saja2 tapi setiap 'pemberian'Nya terkandung makna yang perlu kita tahu atau sekurang2nya ambil tahu... kita tak dicipta sempurna supaya kita mampu sedar bahawa ada Zat yg maha Sempurna yang sepatutnya jadi tempat kita 'bercerita' dan meminta...
Kita dikurnia kelebihan hanya untuk menggambarkan kehebatan sang Pemberi.. supaya Dia dipuja dan dipuji bukan supaya kita bangga atau besar diri... janji Dia kalau kurnia baik disyukuri pasti banyak dan lebih lagi yang akan kita nikmati... kalau sebaliknya tunggulah waktu kita akan rasa seksa bila diuji..sebab orang beriman yang pandai bersyukur dengan nikmat takkan terlalu tersiksa dengan ujian...dia akan faham ujian tu sekadar nak membersihkan hati dan diri...
tapi orang yang hanya pandai bergembira dengan nikmat pasti susah nak rasa 'biasa2 je' bila teruji...waktu tu sabarnya tak ada...yang ada cuma benci, sedih, marah, tak puas hati n macam2 lagi dosa baru dilahirkan... dan akhirnya kita rasa teramat kecewa kononnya kita ni tak pernah terima nikmat pun dalam hidup...
Sebab tu semuanya perlu dirasakan dari Allah dan untuk Allah... supaya kita akan selalu ingat Allah dan kita akan sedar yang kita sangat2 memerlukan Allah
Saturday, September 20, 2014
IKHLAS??? KAU RASA???
SAYA IKHLAS
Bercakap tentang ikhlas memang susah..sebab ikhlas bukan benda yang boleh ditunjuk..walaupun dengan lafaz..saya ikhlas!.. ibarat ikhlas adalah umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam gua pada waktu malam!..
Ikhlas..ujian terbesar untuk umat Muhammad.. tak susah untuk buat kebaikan tapi sangat2 susah untuk ikhlas.. apatah lagi ikhlas hanya untuk Allah... Orang yang ikhlas adalah orang yang tak mengharapkan penghargaan..tak mahu apa yang diberi atau dibuat itu disebut apatah lagi untuk disanjung-sanjung... ikhlasnya Nabi s.a.w menyampaikan dakwah, Baginda tak pernah marah pada orang yang tak terima dakwahnya..sampai pada orang yang tak suka Baginda pun Baginda tak pernah kecil hati...
Keikhlasan takkan lahir secara tiba-tiba tapi ia akan muncul dari hati yang dididik untuk ikhlas.. sebab tu banyaknya amalan hamba ni bukan jaminan untuk dia layak ke syurga.. sebab dalam banyak-banyak tu mungkin sikit sangat yang dilakukan ikhlas kerana nak cari redho Allah..atau mungkin juga tak ada langsung yang dibuat dengan ikhlas... buat ibadah sebab dah biasa buat dari kecil lagi..solat awal waktu sebab ada keperluan lain lepas tu...kalau tak,saja-saja dilambat-lambatkan solat tu..., buat baik sebab nak orang sebut atau ingat kita....tolong orang sebab nak orang tu tolong balik bila kita susah... bila berlaku sebaliknya mula la rasa tak senang, tak puas hati dan dah tak nak buat kebaikan pada
orang2 atau keadaan2 tertentu...
Kunci ikhlas ialah menutup pandangan manusia.. jadi takkan timbul bila buat kebaikan nak dijaja pada orang..bila ada keburukan sendiri pula cepat2 cover dengan salahkan orang lain... memburukkan orang untuk tonjolkan kebaikan kita bukan sifat yang baik.. Nabi kita dah bagi contoh kan, supaya balas kejahatan dengan kebaikan.. sebab kejahatan tu sifatnya kan tak berkekalan...bila datang kebenaran, terhapusla ia nanti...
Allah dah janji macam tu... tak perlu kita nak dahulukan janji Allah tu kalau betul kita yakin... Apapun yang kita buat, matlamatkanlah redha Allah.. itu yang akan jadikan kita sentiasa ikhlas.. jangan pernah mengharapkan sesuatu dari manusia..sebab pujian manusia adalah permulaan kehancuran untuk diri kita

Friday, September 19, 2014
HIJRAH KITA....
HIJRAH KITA
Kisah hijrah agung dah berlalu lebih 1434 tahun..kisah yang mungkin tiada ulangan tapi yang pasti semangat dari kisah tu akan terus kekal kalau kita nak menghidupkan..dalam peristiwa hijrah tu macam2 versi dan sudut pandang boleh kita wujudkan.. cuma antara nak atau tak je..kan?? Hijrah kalau difaham dengan makna berpindah, mungkin jadi sesuatu yang agak susah nak dipraktikkan..apatah lagi kalau yang nak pindahkan atau tinggalkan sesuatu yang dah sebati dengan kita atau yang kita sayang.. hijrah Nabi s.a.w memang menunjukkan nabi berpindah dari Mekah ke Madinah.. tapi perpindahan Nabi s.a.w tak pernah mengurangkan apa yang telah Nabi s.a.w mulakan..tak satu pun kebaikan ditinggalkan..
semuanya ditingkatkan dan ditambahbaikkan..
Jadi kalau kita mampu faham macam tu maknanya setiap dari kita berperanan untuk berhijrah pada setiap tibanya tahun baru atau mungkin juga setiap hari ;).. kan muslim yang baik itu hari ini lebih baik dari semalam..memang bukan kewajipan tapi sebagai menjejak langkah peribadi contoh kita..tak salah kan?? ;) Tentang apa yang nak dihijrahkan, kena tanya diri masing2.. kuncinya satu.. dan sama bagi setiap manusia.. kita tak dicipta melainkan hanya untuk menyembah Allah kan?? so ciptalah penghijrahan yang akan mengarah kita kepada tujuan penciptaan itu..di manapun kita, apapun peranan kita, berhijrahlah dengan cara-cara kita sendiri.. aturlah langkah hijrah kita dengan strategi tersendiri..
Dalam diri kita kan ada raja, menteri dan tentera2 yang boleh membantu menggerakkan segala cita2..tapi jangan pernah lupa bahawa keperluan utama kita adalah pertolongan dari Raja segala raja.. masuk mengadaplah selalu.. faham perintah dan suruhanNya, dan cubalah mengatur langkah...
Agungnya kisah hijrah hingga Allah mengizinkannya untuk dinukil sebagai perkiraan kehidupan harian kita..mungkin Allah mengizinkan juga kisah itu terus menemani kita dalam mempertingkatkan tahap kita mengingatiNya.. sebab pada kisah hijrah, Nabi s.a.w tidak hanya berhijrah untuk kebaikan tertentu, tapi berhijrah kerana ketaatan pada Allah... dan kita juga perlukan ketaatan itu untuk menjadikan hijrah kita lebih indah.. sebab hanya ketaatan dan kecintaan yang mampu menjadi ubat kepada kesusahan, kesedihan, pengorbanan, dan pelbagai sifat 'pahit' hijrah... dan pastinya kita juga sebenarnya memerlukan 'sifat2 pahit' ini untuk memberi kesembuhan pada jutaan 'penyakit' kita..
so, JOM HIJRAH! ;)

Tuesday, September 16, 2014
SOAL HATI ...
SOAL HATI
“Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik.. berjuanglah tapi jangan mengaku wira”
Minat sangat lirik dalam nasyid ni.. simple tapi sangat bermakna.. seolah nak bagitau kita kalau kita betul2 baik, kita takkan mengaku baik.. apa lagi nak kata orang lain tak baik..
Rasulullah s.a.w sebaik2 manusia, tapi takde satu ayat pun yang mana Baginda s.aw. mengaku kemuliaan diri baginda dalam bentuk menghina orang lain.. selalu kita jumpa rendah diri Baginda s.a.w mengaku sebagai hamba yang lemah, hamba yang tak berdaya, dan macam2 lagi rayuan pengaduan Baginda s.a.w pada Allah yang menunjukkan seakan diri Baginda tu hina dina sangat.. belum lagi cerita kisah kehidupan Baginda yang penuh kekurangan dari segi keduniaannya tu.. jauh sangat kita tinggalkan Baginda s.a.w sebagai contoh teladan.. sedangkan selalu kita mengaku Baginda lah ikutan.. hipokrit sungguh kan?!
Perkara yang sangat mudah merosakkan kita ialah bila kita rasa baik.. tak kira la kita akui tu dalam hati saja atau luahkan..sama jugak kalau kita rasa orang lain tak baik samada kutuk dalam hati atau zahirkan.. dan pastinya berbeza dengan istilah nasihatkan dan doakan orang tu.. sebab 2 perkara ni tuntutan.. Allah suruh dan Rasulnya ingatkan.. kesalahan bukan untuk dimarah atau dibenci tapi untuk dibetulkan.. dan doa adalah sebaik2 cara membetulkan sebab doa kan senjata mukmin.. saidina Umar r.a di zaman jahilnya penuh kisah2 kejahatan, tapi dengan doa Nabi s.a.w Allah ubah hatinya jadi pencinta agama yang sangat2 hebat.. lagipun kan Allah dah janji..”
Monday, September 15, 2014
"SUKARNYA UNTUK MEMBERI"
"SUKARNYA UNTUK MEMBERI"
" tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah"..
Maksud lainnya, tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima..tapi dalam tak sedar, ramai yg lebih suka menjadi penerima untuk pelbagai macam perkara..sehingga ada yg teramat suka walaupun hanya menerima ucapan 'terima kasih'... hanya hati yang faham besarnya nilai memberi akan berusaha menggerakkan fizikal utk memberi..sampai pada tahap sebelum sesuatu itu diminta.. orang yang faham bahawa segala yg kita miliki adalah 'hak bersama' takkan rasa cuak untuk 'kongsi' dengan sesiapa pun..
Apa yang menjadikan perbuatan memberi itu susah ialah bila kita merasa memiliki secara mutlak..dan kurang yakin bahawa yang datang boleh pergi walaupun bukan denga cara kita memberi dengan rela hati... mungkin istilah 'memberi' perlu kita faham sebagai 'berkongsi', untuk didik hati kita lunak dengan sifat mulia ni..
Tak ada sesuatu pun yg Allah ambil dari kita melainkan Dia pasti ganti dengan yg lebih baik dari itu.. tapi sekali lagi, hanya mata hati yg benar2 melihat sahaja yg nampak semua ni.. memberi untuk dibalas memang akan undang sakit dan tak puas hati..sebab manusia sifatnya lemah..jarang mampu dan mahu membalas dengan yang lebih baik.. sebab yang sering difikir adalah keuntungan.. kecuali untuk yang tersayang..atau yang pernah menabur budi sebelum ni.. sebab tu untuk menjadikan usaha 'memberi' ini mudah dan menarik, memberilah kerana Allah.. walaupun kita tak meminta dibalas, tapi Dia yang maha tahu pasti membalas dan mengganti apa
yang telah kita beri dengan pemberianNya yang pasti lebih hebat dan menggembirakan.. sebab Allah tak pernah takut rugi, apatah lagi dengan hamba2Nya yg Dia sayang...
#ayat sedekah 7 tangkai-sifat Rasulullah yg pmurah
Mana milik kita
Tidak ada milik kita Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah Kerana milik Ia punya
Saturday, September 13, 2014
BAHAGIA??? TERLALU SUBJEKTIF UTK DIGAMBARKAN
CARILAH KEBAHAGIAN UTK DIRIMU...
Kalaulah bahagia boleh dijual beli, pasti inilah produk yg paling laris di pasaran..tapi sayang.. tak siapa mampu bagi bahagia pada orang lain..sebab hakikat bahagia sebenarnya ada pada orang yg mencari..cuma sebab tak faham dan tak tahu maka semua orang berlumba2 cari bahagia ikut pemahaman masing2..walaupun hakikat bahagia tu satu..iaitu bahagianya hati.
Bila 'dalam hati ada bunga ;) ' semua yg ada jadi menarik.. tapi kalau hati penuh luka, emas segunung pun tak mampu nak membuat kita senyum.. betul tak?? kunci bahagia tu satu..IMAN.. atau PERCAYA.. kalau tak nak banyak2 cukup percayakan yg SATU saja dulu..yg pertama dan paling utama untuk nak dipercayakan ialah ALLAH..settle yang tu, insyaAllah yang lain menyusul dengan mudah..
Bila hati percaya bahawa Allah yg Satu dan Esa itu sumber bahagia, apa lagi masalah yang kita ada?? bila hati itu juga mampu percaya bahawa Allah itu jugalah yg mampu buat kita gembira, apa lagi yang kita nak tagih dari manusia?? manusia tu hanya sandaran yang nak menyampaikan kita pada Dia.. sandaran tak layak dipuja apa lagi nak dicanang merata2..sandaran sifatnya flexible dan boleh diganti dengan apa saja.. maka, nak rasa bahagia mesti sedia utk korbankan banyak perkara..tapi yang menariknya apa yang perlu dikorban kebanyakannya perkara yang memang tak perlu kita ada.. dengki, dendam, marah, was2, curiga, dan yang paling
penting RASA TAK PERCAYA. sebab rasa tak percaya akan halang hati dari melihat sesuatu melalui suluhan yg betul.. rasa tak percaya juga mampu sekat bahagia yg sebenarnya memang sangat2 nak berkunjung ke hati2 kita.. Jom..jadikan hati kita selalu percaya bahawa yang utama dalam hidup kit adalah ALLAH..
JALAN BAHAGIA
JALAN BAHAGIA
Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira
Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan Tiada yang kuasa melainkan Dia Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat Tekun pada amal ibadah
Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa Untuk-Mu
kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat
-Mu Pandangan kasih-
Mu Pimpinlah kami jalan bahagia Selamanya
Album : Jalan Bahagia / Munsyid : Hijjaz
Thursday, September 11, 2014
CURAHKAN RASA CINTA DALAM MASAKAN KITA!!!! APA RAHSIANYA???
MEMASAK DENGAN SEPENUH JIWA
Macamana kita masak, macam tu lah sebenarnya cara kita mengendali hidup seharian..ada orang tak pandai masak.. tapi tahu teori memasak..ada orang perlu cukup rencah baru boleh masak..ada orang tak suka masak walaupun tahu masak..ada orang, bagilah apa pun, insyaAllah jadi je.. ada jugak yang walaupun cukup bahan tapi tetap tak mampu hasilkan masakan yang menarik.. macam2 kan? ;)
Dalam menyediakan sesuatu masakan, matlamat kita pastinya hanya satu..iaitu memenuhi selera orang yang nak makan.. sebab tu la kdg2 bahan yg nak jadikan daya tarikan lebih banyak dari bahan masakan.. kos hiasan pun kdg2 lebih mahal dari kos lain.. tu belum kira nak ukir tomato n mcm2 benda nk nampakkn menarik..;)
Dan dalam keghairahan nak mendapat ‘credit’ dari orang inilah, banyak faktor penyedap masakan yang kita tinggalkan.. rahsia yang jarang atau mungkin tak pernah orang kongsikan.. mudah tp susah nk amalkan..itulah ikhlas dan memasak dengan tujuan membesarkan Allah s.w.t.. mcm pelik je bunyinya kan?? Tapi inilah hakikat..inilah kenyataan.. bahan yang cukup, peralatan canggih, suasana yang baik, jenama barangan atau bahan yang hebat, bukan jaminan terhasilnya makanan lazat yang mampu menjadi ‘ingatan’ orang.. tapi kuncinya adalah pergantungan kita sepanjang proses memasak dijalankan.. bergantung pada yang maha memberi agar mengurniakan hidangan yang mampu membuatkan sesiapa pun yang makan bukan sahaja kenyang tapi rasa terhibur.. dan memasak dengan tujuan membuat orang yang makan sedar betapa hebatnya Allah yang berkuasa
mengurniakan kesedapan pada makanan adalah satu tanggungjawab berat yg perlu dipikul oleh semua ‘tukang2 masak’ seluruh dunia.. kalau tujuan kita memasak adalah untuk membuat orang bersyukur pada Allah, takkan Allah tak bantu beri rasa enak yang boleh gembirakan orang, kan?! Sebab tu ikhlas semata2 kerana Allah tu penting..sebab sekalipun kita bukan pakar, dan tak punya kelengkapan macam orang lain tapi kuasa Dia, mampu memberi rasa ‘luar biasa’ pada orang2 yang makan..
Memasak untuk memberi makan semata2, sesiapa pun boleh lakukan.. dan tak hairan kalau kita rasa tugas bibik memasak di dapur peribadi kita itu mudah.. tapi kerja ‘mudah’ ini tidak murah, sebab kesannya membawa kepada pembentukan generasi.. apa yang terhasil itulah yang menjadi darah daging kita..dan bagaimana proses pembuatannya, itulah antara cara peribadi anak2 terbina..
Siang ikan, potong sayur sambil membebel takkan sama dengan melakukannya sambil berzikir.. tumis bahan dengan BISMILLAH lain dari ‘campak’ dengan rasa ‘megah’ atau marah.. basuh dan bilas dengan SELAWAT bersihnya lain dari basuhan sekalipun guna Clorox ;)..
Sebab itu, makanan paling sedap di dunia ;) bagi seorang kanak2 adalah makanan ibunya.. walaupun pd mulut orang lain, rasa itu biasa2 saja tapi keikhlasan yang disebut ‘air tangan’ ibu itulah rahsia kenapa anak tak boleh lari dari rumah sebab takut rindu makanan ibu mereka ;).. inilah rahsia yang sekarang dah tak jd rahsia ;)inilah sebenarnya rahsia di sebalik rahsia bila kita memasak dengan jiwa ;)
Tak percaya? Cuba la..ada pasti merasainya ;) peace!!.

Wednesday, September 10, 2014
hasad dengki dan bodoh sombong...
ermmmmm... isu hasad dengki ni bkn baru dalam dunia, dari zaman nabi adam sampailah sekarang,,,, tp yg bestnyer kengkawan sendiri la yg ada perangai binatang mcm tu.... eeeee... pada berkawan baik lah tak yah berkawan,,,
tp paling bodoh bila perkara tersebut dapat dihidu then mcm menunjuk nunjuk duk ngumpat orang sana sini... hahahaha.... ingt iq semua org mcm iq semut mcm dia agaknyer... omg...
padan la hidup x kemana,,,, kesiannnnn tp pada diva manusia angsat macam tu perlu dijauhi... takde faedahnyer pun,,, baik kwn dgn org org yang mulia aje... x gtu.....
Tuesday, September 9, 2014
Friday, September 5, 2014
APABILA LELAKI BERBICARA........
Siapa pun tidak boleh menafikan bahawa akan terpesona dengan sedikit bicara yang dituturkan oleh si dia yang bernama lelaki... manakan tidak bagi mereka yang ditakdirkan mempunya cinta hati yang berat mulut dan sukar diumpan untuk berbicara kecuali apa yang perlu.....
Mungkin ada yang tidak perasaan tentang apa yang dimaksudkan... namun bersama-sama lah menerima hakikat bahawa lelaki hanya akan berbicara lebih masa sekiranya topik yang disentuh itu ada kaitan dengan kecenderungannya dan apa yang ia suka.....
NAK TUNGGU LELAKI MEMULAKAN BICARA TENTANG RASA? EMOSI? PERASAAN? RASA TIDAK PUAS HATI???? OH MUNGKIN TIDAK..... betul ada juga akan berlaku tetapi peratusannya amat rendah sekali.... tetapi apabila diajak bicara tentang kereta? gym? barangan kegemarannya... lelaki yg mulut penuh emas pun boleh berubah seetika dengan sekelip mata.... habis tu???? walaupun kekadang kita mengetahuinya tetapi masih ingin mempertikaikan KENAPA LELAKI BEGITU???? kau rasa???? erm............... berlajar la berfikir yea semua....
Namun apabila lelaki mula berbicara tentang cinta, hati dan perasaan... sesiapaun akan mengakui beTAPA INDAHNYA SAAT ITU... ada yang berani mengakui secara ekslusif... " kalau lah laki just cakap miss n love u dear" ada yang sanggup melupakan segala sengketa yg berlaku... tak ketinggalan juga ada yg hati yang tlah layu kini mekar ditasik madu.... omg!!!! tolonglah masing masing kan.... pilingggggggggggg tak hengat dunia....
oh tuhan tapi itulah realiti kehidupan yang telah lama berlaku dan akan terus berlaku..... percaya atau tidak???? lantak kau lah bedah....
HAKIKATNYA apabila sang pencinta memeperoleh cinta lelaki yang benar-benar dicintai maka kehidupan itu dianggap cukup sempurnya dan tiada tolok bandingnya... namun begitu bagaimanakah seseorang itu dapat merasai bahawa yang dicintai itu benar-benar mencintai hanya dia yg mengetahui.....
oh tuhan......
Wednesday, September 3, 2014
UNIKNYER KEJADIAN KITA....
Kita dicipta dengan watak2 tersendiri..memang sengaja dibezakan dari yang lain2..bukan kekurangan apatah lagi kesilapan..tapi itulah bukti kehebatan dan kekuasaan Allah yang maha luas ilmuNya.. watak2 berbeza bertujuan menjadikan ‘cerita’ kita menarik..namun sesuatu yg paling menarik perlu kita faham ialah, kita adalah hero dan heroin dalam kisah yang kita lakonkan..kisah apa? Kisah kehidupan kita sebagai seorang hamba.. setiap orang punya cerita sendiri..tapi apapun cerita itu, matlamatnya sama.. macamana hero/heroin ‘deal’ dengan kehendak ‘penerbit’..penerbit hanya mahu pelakon faham dan hayati motto lakonan iaitu LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.. bukan senang nak jadi pelakon..sebab tu kita ada ‘pengarah’ yang ditugaskan memandu perjalanan lakonan kita..berbekalkan ‘script’ dari penerbit, pengarah juga bagi kita panduan melalui ‘sunnahnya’..
Kita tak memilih..dan memang kita tak punya kuasa pun untuk memilih watak2 kita.. lahir dengan kelebihan tersendiri atau membesar dalam zahir mata yang serba kekurangan..namun hakikatnya semua itu hanya watak sebuah kisah.. pelakon yang berjaya memainkan wataknya dengan baik, sekalipun berwatak kecil tetap punya saham besar menjayakan cerita tadi..maka kalau berjaya tercapailah matlamat penerbit untuk dilihat hebat dan bijaksana oleh sekalian penonton..
Watak mungkin boleh berubah kalau banyak meminta dan merayu pada penerbit cerita..tp untuk minta ditamatkan watak itu sesuatu yang cukup tak menyenangkan penerbit..tambahan pula perkara tu kadang2 menimbulkan
rasa kurang senang pada pelakon2 lain..sama juga kalau pelakon tak puas hati dengan watak yang diberi padanya dan cuba berlagak hero atau cuba bawa watak orang lain… rosak cerita jadinya… Kejayaan kita membawa watak bukan dari banyaknya pujian penonton tapi sejauhmana kita berjaya menuruti kehendak penerbit.. dan sebenarnya dalam masa yang sama, kita juga adalah penonton kepada jutaan babak cerita manusia lain..cerita yang diterbitkan oleh penerbit yang sama.. hanya berbeza watak dan gaya persembahan sahaja..
Kesimpulannya, inilah kehidupan.. kita adalah hamba yang diwatakkan sebagai khalifah di bumi..untuk melakonkan cerita yang mampu membuatkan penonton @ orang sekeliling kenal dan suka pada penerbit cerita iaitu Allah s.w.t.. Allah tak pernah silap dan kejam dalam menetapkan watak pada setiap dari kita.. seburuk mana pun watak kita, itulah yang sebaiknya dan paling layak untuk diri kita.. so jangan pernah persoal kenapa kita jadi macamana kita sekarang..itu watak kita.. tugas kita hanyalah melakonkan watak dengan sebaiknya disamping memahami sepenuhnya kehendak penerbit..tapi nak menghayati watak perlu kenal penerbit dan pengarah dulu..baru mudah nak berlakon n baru boleh berjaya..
Selamat menghayati watak masing2..moga kita jadi pelakon yang baik dan disukai penonton, pengarah dan penerbit cerita.. ;)
Monday, September 1, 2014
MANFAAT CINTA...
MANFAAT CINTA
CINTA adalah antara perkara paling menarik untuk diperkatakan.. sebab dengan adanya CINTA , pasti wujud kasih sayang..CINTA itu kemuncak kasih sayang..sebab tu kadang2 kita sayang tapi tak sampai jatuh CINTA ..tapi kalau dah CINTA , confirm sayangnya tu berlambak2.. betul tak?!
CINTA sebenarnya bukan suatu perkara yang perlu dicari..apatah lagi untuk dijaja ke sana sini.. CINTA itu hanya boleh diminta..kerana CINTA adalah milik mutlak sang Pencipta.. dan kerana itu kita dapat lihat bila CINTA diberi, pandangan sekeliling bukan lagi jadi persoalan.. ada orang sanggup lari kerana CINTA ..sanggup susah demi CINTAnya, bahkan ada yang rela mati atas nama CINTA ...
Memiliki CINTA adalah satu kurniaan paling hebat.. hatta sang isteri tekadang gagal memiliki CINTA suaminya..begitu juga ada sang suami yang tidak mampu merasai CINTA si isteri..kerana CINTA itu sebenarnya bukan milik kita.. CINTA hakiki adalah milik yang Maha Mencintai..Dialah al-Wadud.. CINTA yang lahir dari menCINTAiNya adalah CINTA yang benar2 murni... CINTA kurniaan ini tak dinilai oleh apapun..dan tidak dibatasi oleh sesuatupun.. kerana CINTA yang dikurniakaNya kepada hamba2 yang diCINTAiNya bukanlah cinta2 biasa...tetapi cinta2 penuh ajaib yang seringkali memberi makna yang luar biasa..bagaimana caranya? hanya dengan mengembalikan CINTA yang dikurnia itu kepada pengetahuanNya..
Ukuran CINTA sejati ialah bilamana apa yang dicintai itu mampu membawa kita untuk mengingati dan menCINTAiNya.. kerana hati yang baik tahu menghargai dari mana ia memiliki
CINTA nya.. namun sebaliknya, CINTA murahan seringkali mengundang bahana....sekalipun CINTA dan kasih seorang ibu pada permata hatinya..
Lalu, dimanakah harga CINTA kita.. dalam memahami bahawa kehidupan ini sementara..maka ke arah manakah CINTA2 yang kita ada mahu diarahkan?? kalau bukan kepadaNya...rugi besar lah kita.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
At-Taubah : 24
Tangisan Aku Pergi
Di sini bermula cerita kau dan aku,
Semua rasa sayang cinta dan rinduku,
Segala janji dan sumpah setia..
Oooo..ooo..oooo
Semua rasa sayang cinta dan rinduku,
Segala janji dan sumpah setia..
Oooo..ooo..oooo
Aku coretkan sebuah puitis,
Untuk tatapan dikau yang ku sayang,
Antara kita berakhir segalanya,
Namun ku setia...
Untuk tatapan dikau yang ku sayang,
Antara kita berakhir segalanya,
Namun ku setia...
Kini tangisku tiada lagi yang memujuk,
Kini tawaku tiada lagi yang menyambut,
Aku sendiri, maseh sendiri,
Hidup sepi...
Kini tawaku tiada lagi yang menyambut,
Aku sendiri, maseh sendiri,
Hidup sepi...
Maafkan aku melepaskanmu,
Atas nama cinta, rasa dan rinduku,
Aku pergi tak kembali,
Maafkan diriku sayang...
Aku pergi tak kembali,
Maafkan diriku sayang...
Akhirnya kita menjadi kenangan,
Kau kini bahgia bersama yang lain,
Namun aku tetap teguh,
Demi janji..kita....
Kau kini bahgia bersama yang lain,
Namun aku tetap teguh,
Demi janji..kita....
pb...
MANA MUNGKIN AKU JATUH CINTA...
MANA MUNGKIN AKU JATUH CINTA
Mengharap jatuh cinta tanpa kenal, pastinya satu keajaiban. Sekalipun selalu kita dengar tentang cinta pandang pertama, namun pandangan pertama yang tak ‘dilayan’ takkan memungkinkan cinta terus tersemai. Dari pandangan pertama kita akan memaksa diri mengenal si pencuri hati.maka proses mengenal akan kita cipta. Samada terang –terangan atau secara rahsia. Itulah fitrah dalam menyemai cinta pada manusia. Dan nyata itu juga cara mendapat dan merasa cinta pemilik segala cinta, Allah yang maha kuasa. Mana mungkin kita jatuh cinta padaNya kalau tidak didahulukan dengan mengenali dan memahami tentangNya. Mungkin akan timbul persoalan mengapa perlu kenal dan cintakan Allah? Jawapannya mudah saja, kenal untuk cinta yang darinya mampu menjadikan kita ‘gila bayang’ dan sanggup lakukan apa sahaja tanpa sebarang bantahan dan sangsi. Maka jadilah kita pencinta yang taat pada segala yang dituntut untuk kita lakukan.
Firman Allah dlm surah az-Zariyat ayat 56:
وما خلقت الجن والانسان الا ليعبدون
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
Ayat tersebut menerangkan berkaitan tujuan manusia diciptakan ke muka bumi ini. Bila dikatakan bahawa utk menyembah maka secara automatiknya meletakkan kita
sebagai hamba. Dan memang menjadi sifat wajib bagi hamba yang kenal tuannya untuk taat dan setia.
Namun sesuatu yang lebih penting dari sekadar sembah ialah mengenal Allah terlebih dahulu. Kerana itu ada ulama yang mentafsirkan perkataan ‘liya’budun’ dalam ayat di atas sebagai ‘liyakrifun’ atau bermakna ‘untuk mengenal’.
Secara logiknya….kita perlu kenal untuk membolehkan kita jadi hamba yang taat.Tak kenal juga membuatkan kita tak cinta dan kalau dah tak cinta dan tak suka maka semuanya akan jadi terpaksa. Buat sesuatu bukan seperti yang diminta tetapi mengikut apa yang kita suka. Kalau betul-betul suka, solat yang susah pun akan jadi senang.Solat yang lama pun akan rasa sekejap. Tutup aurat yang panas dan rimas pun rasa boleh tahan.Kalau kita ikuti sirah Rasulullah saw pun itulah yang akan kita jumpa. Baginda berdakwah dengan mengajar manusia mengenali Allah dan kemudian barulah diperintahkan melakukan Syariat atau amalan lain. Bila Allah dah cukup dikenali maka kita boleh tengok hebatnya amalan para sahabat. Sanggup buat apa sahaja untuk agama sekalipun terpaksa korbankan diri, keluarga dan harta. Ini semua sebab mereka telah berjaya kenal Allah yang maha hebat.
Sebab tu juga ada disebut bahawa awal agama itu ialah mengenal Allah. Kerana dengan betul-betul kenal Allah melalui nama-namaNya dan sifat-sifatNya tak akan jadikan kita sesat.Tak akan buat hati kita goyah dengan hasutan apapun.
Bila kita faham dalam sifat Allah tu ada menjelaskan bahawa Allah tu ‘maha mendengar’ maka kita akan yakin bahawa kita ada tempat mengadu.Jadi aduan dan
permintaan kita tak akan disia-siakan. Kalau kita tahu nama Allah juga ada ‘ar-razzaq’ maka kita akan yakin bahawa yang memberi rezeki pada kita bukan manusia tapi Allah swt. Dengan kefahaman tentang nama dan sifatNya itu maka keyakinan kita takkan tergugat dengan apa sekalipun yang datang. Apapun masalah yang datang kita tahu itu dari Dia. Diuji hanya untuk menjadikan kita lebih baik dan untuk bagi kita ganjaran pahala. Maka dari situ akan timbul sangka baik pada setiap takdir Allah. Satu perkara yang lebih menarik ialah kita mampu menjadi manusia yang ikhlas dalam melakukan sesuatu.Tak akan timbul rasa rugi buat kebaikan sekiranya tak dikenang orang sebab tujuan kita lakukan sesuatu bukan untuk manusia tetapi hanya untuk Dia. Sekalipun zahirnya seolah-olah kita lakukan untuk orang lain.
Persoalannya adakah kita telah mengenali Allah? Kalau jawapannya ya, maka sudah pasti kita adalah dari golongan manusia yang sedang berbahagia. Namun kalau sebaliknya maka inilah jawapan kepada setiap permasalahan kita. Tidak kenal Allah menjadikan kita mudah putus asa, cepat kecewa, berdendam dan banyak lagi masalah-masalah diri yang lain. Antara cara mudah untuk memulakan langkah mengenal Allah adalah :
1. Mohon pada Allah dengan sungguh-sungguh untuk kenal Dia.sebab yang nak bagi kenal pun Dia juga.
2. Belajar tentang sifat-sifatNya, nama-namaNya dan apa sahaja tentang Allah.
3. Dekati al-Quran dan fahami isi kandungannya sebab al-Quran kan kalam Allah.
4. Latih diri untuk kaitkan segala yang berlaku dalam hidup kita dengan Allah sekalipun perkara-perkara yang kita rasa kecil dan remeh.
Menjadi orang yang mengenal Allah memerlukan kita mengenal dan mencintai terlebih dahulu ‘ahli-ahli’Nya. Kerana hanya ahliNya sahaja yang berkemampuan membawa kita mengenali Dia. Maka antara ‘short-cut’ menjadi pencinta Allah ialah dengan mendekati dan mengenali mereka yang hampir denganNya. Siapa lagi kalau bukan Baginda Rasulullah s.a.w. Namun mutakhir ini, dek kerana kejahilan dan hijab yang pelbagai, tak mungkin mampu kita mengenali apalagi mendekati Baginda yang mulia. Di sinilah betapa perlunya kita untuk mencari dan mendekati orang-orang kecintaan Baginda terlebih dahulu. Mereka adalah dikalangan guru-guru yang sangat mengenal dan mencintai Rasulullah s.a.w. Hidup mati mereka pula hanya untuk membawa manusia mengenal Allah dan mencintai Rasulullah s.a.w. Mereka inilah yang mampu menghidupkan jiwa manusia dan memberi khabar gembira tentang segala janji Allah s.w.t. Dan dari merekalah manusia akan mampu menggapai cinta pada kekasih Allah seterusnya membawa pada kenal dan cinta pada Allah s.w.t. Maka hampirilah para pejuang Allah dan RasulNya ini, kerana hanya dengan menjadi ahli mereka saja kita layak menjadi ahli Allah dan ahli Rasulullah s.a.w

Subscribe to:
Posts (Atom)