Wednesday, October 7, 2015

Apabila hati terluka maka terasa sebak di dada...





DOSA DI TANAH (RTM) PITCHING
PENGARAH :JAJA ISHAK
PENULIS SKRIP : RUDY IMRAN
PERNERBIT : USTAZ ALFADHIL HIDZIR
                           JAJA ISHAK
TERBITAN : INTEAM RECORD SDN.BHD
 

BABAK 3

DAPUR/NIGHT/INT

MAS HANA/HIKMAH

MAS HANA TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI SEBAIK MELETAKKAN PINGGAN DI DALAM SINKI DIA MENGHEMBURKAN RASA SEDIH DENGAN TINDAKKAN KHALIL DENGAN MENANGIS SEMAHU-MAHUNYA. DIA MEMBUKA PILI AIR AGAR TIADA SIAPA MENDENGAR TANGISANNYA. TANPA DISEDARI TIBA-TIBA BAHUNYA DISAPA SESEORANG. MAS HANA TERKEJUT APABILA IBUNYA BERADA DIBELAKANG.

MAS HANA
Eh! Mak.
MAS HANA CUBA BERTAHAN DAN MENYEKA AIR MATANYA.

HIKMAH.
Mak dengar tadi dari dalam bilik. Sabar ya Hana. Hana tahukan emosi Lil tengah tak stabil.

MAS HANA
Eh! tak de apa-apalah. Hana faham. Faham sangat. Masa kecik pun perangainya macam tu. Mak bukan tak tahu anak kesayangan mak tu. Hana lali dah mak.
MAS HANA MEMASANG SENYUM KEPADA IBUNYA SEPERTI TIDAK ADA APA-APA YANG BERLAKU. 

HIKMAH
Hana anak yang baik! Kalau tak ada Hana, mak tak tahu macam mana nak hadapi situasi ni. Selain berdoa kepada Allah, Hanalah sumber kekuatan mak sekarang ni.
MENDENGARKAN  KATA-KATA HIKMAH MEMBUATKAN HATI MAS HANA MENJADI SAYU. DIA MEMELUK IBUNYA DAN MENANGIS. HIKMAH MEMBELAI MAS HANA SERAYA MENENANGKAN PERASAAN ANAK PEREMPUANNYA ITU.

Monday, October 5, 2015

Yang Free Free Meh La baca



DOSA DI TANAH (RTM) PITCHING
PENGARAH :JAJA ISHAK
PENULIS SKRIP : RUDY IMRAN
PERNERBIT : USTAZ ALFADHIL HIDZIR
                           JAJA ISHAK
TERBITAN : INTEAM RECORD SDN.BHD


BABAK 2

BILIK/NIGHT/INT
KHALIL/MAS HANA

KHALIL SEDANG DUDUK DI ATAS KATIL SAMBIL MELAYANI TELEFON BIMBITNYA. KEMUDIAN MAS HANA MASUK KE DALAM BILIK MEMBAWA MAKANAN. DIA AMBIL MAJA KECIL UNTUK MELETAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK KHALIL. MELIHAT KAKAKNYA MELAKUKAN SEMUA ITU KHALIL HANYA MENJELING.

MAS HANA

Lil dari semalam Lil tak makan. Ni Kakak ada masak bubur dengan sayur campur dengan sambal kegemaran Lil. Lil makan ya dik.
MAS HANA MEMANDANG KHALIL SEBELUM MENINGGALKAN ADIKNYA ITU. DAN SEBAIK DIA MELANGKAH BEBERAPA TAPAK MAS HANA TERDENGAR BUNYI PINGGAN JATUH. SEBAIK DIA MENOLEH DIA LIHAT BUBUR YANG DIMASAK SUDAH BERADA DI LANTAI.

KHALIL

Hey! Kak engkau ingat aku ni kucing ke? Kalau tak ikhlas nak bagi aku makan tak payah susah-susahlah bawak makanan ni semua  dalam bilik.

MAS HANA

Lil kakak masak masakan kegemaran Lil tu tau tak? Kalau tak suka pun cakaplah apa yang kurang tak payah nak buat makanan macam ni. Tak baik tau buat rezeki macam tu.

KHALIL

Ya aku memang tak baik Kak. Lain kali kalau tak ikhlas nak bagi aku makan baik letak racun tikus jew sekali dalam bubur tu. Masak tawar, tak rasa apa. Orang sakit makan makanan ni boleh jadi bertambah sakit tau.

MAS HANA TIDAK MEMPEDULIKAN KHALIL YANG SEDANG MEMBEBEL DAN DIA TERUS MENCAMPAI PINGGAN DIHEMPAS KE LANTAI DAN MEMBERSIHKAN BUBUR YANG TUMPAH DI LANTAI. WAKTU SAMA KHALIL MENCAPAI GELAS UNTUK MINUM. TIBA-TIBA DIA MEMBALING GELAS KE DINDING. TINDAKKAN KHALIL ITU MENGEJUTKAN MAS HANA.

MAS HANA

Khalil! (jerit tetapi masih terkawal)

KHALIL

Aku nak air manis. Kau tahukan Kak aku suka makan manis, minum manis.

MAS HANA

Mana boleh Lil. Kaki tu baru nak sembuh baik lukanya. Doktor dah pesan. Makan kena jaga. Minuman manis kena elakkan. Kalau langgar pantang bila nak sembuh.

KHALIL

Sudahlah! Membebel pulak orang tua ni. 

MAS HANA CUBA BERTAHAN DEPAN KHALIL. SEBAIK SELESAI MENGELAP DAN DIANGKAT GELAS DIBALING KHALIL, DIA TERUS KELUAR MENINGGALKAN KHALIL SENDIRIAN DI DALAM BILIK.

Cut to.

Friday, October 2, 2015

DOSA DI TANAH... (ANTARA SCENE PENTING)

DOSA DI TANAH (RTM) PITCHING
PENGARAH :JAJA ISHAK
PENULIS SKRIP : RUDY IMRAN
PERNERBIT : USTAZ ALFADHIL HIDZIR
                           JAJA ISHAK
TERBITAN : INTEAM RECORD SDN.BHD

EPISOD 8
BABAK 1
BILIK/DAY/INT

KHALIL/HIKMAH/MAS HANA

KHALIL MENOLAK PERLAHAN KERUSI RODANYA DI HADAPAN CERMIN. DIA PERHATIKAN DIRINYA. LAMA DIA MERENUNG REFLEKSI TUBUHNYA DIAM DALAM KERUSI RODA. TIBA-TIBA EMOSINYA MENJADI TIDAK STABIL DAN MENJERIT SEKUAT HATI SAMBIL MEMUKUL KAKINYA YANG HANYA ADA SEPARUH.

KHALIL

Tak guna!
LAUNGAN KHALIL MENGEJUTKAN  HIKMAH DAN MAS HANA YANG BERLARI MASUK KE DALAM BILIK KHALIL. MEREKA TERKEJUT APABILA MELIHAT KHALIL SEDANG MEMUKUL KAKI DAN TUBUHNYA SAMBIL MENANGIS.

KHALIL

Tak payah hidup lagi bagus, tak menyusahkan orang.
MELIHAT KEADAAN ANAKNYA MEMBUATKAN HATI HIKMAH SAYU DIA MENANGIS SAMBIL MENGHALANG APA YANG SEDANG DILAKUKAN KHALIL.

HIKMAH

Astaghafirullah-Alazim Lil apa Lil buat ni. Jangan macam ni nak. Lil tak sayangkan mak dah ke?

KHALIL

Lil dah tak berguna Mak. Mak tengok Lil, Mak tengok betul-betul. Apa yang  Lil boleh buat mak selain menyusahkan orang. Baik Lil mati Mak. Baik Lil mati.
MELIHAT SITUASI YANG TIDAK TERKAWAL ANTARA KHALIL DAN HIKMAH, MAS HANA YANG SEDANG MENANGIS MENGESAT AIR MATANYA. DIA TIDAK MAHU KELIHATAN LEMAH DIHADAPAN KHALIL MAHUPUN HIKMAH. DIA CUBA MENENANGKAN ADIKNYA ITU.

MAS HANA

Bawa mengucap Khalil. Jangan cakap macam tu. Ini ujian untuk Lil. Lil kena ingat Allah menguji hamba yang dia sayang. Lil bertuah sebab didatangkan ujian ni. Kakak dan Mak tak pernah anggap Lil menyusahkan. Lil anak dan adik yang baik. Banyak jasa Lil pada kami. Lil jangan risau selagi Mak dan Kakak masih ada, kami akan jaga Lil.

KHALIL

Tapi sampai bila Kak? Sampai bila Kakak dengan Mak mampu jaga Lil. Lil dah tak berguna. Tak ada apa yang Lil boleh buat. Macam mayat hidup.

HIKMAH

Masya-Allah janganlah macam ni Lil. Betul kata Kakak tu. Mak ada untuk jaga Lil. Kakak ada untuk jaga Lil. Lil jangan terlalu fikir pasal kecacatan Lil. Semua perkara akan jadi baik. Lagipun nanti Lil akan dapat kaki palsu. Lil dapat hidup macam biasa.

MAS HANA

Betul apa kata mak tu Lil. Ujian untuk kita ni tak besar mana. Kita sama-sama boleh hadapi.

KHALIL

Sudahlah tak guna cakap dengan Mak ngan Kakak. Mak ngan Kakak takkan faham. Sudah keluar! Semua orang keluar. Keluar! Jangan kacau Lil Keluar! (MENENGKING)


MELIHAT SITUASI ITU HIKMAH CUBA MENENANGKAN KHALIL LAGI TETAPI MAS HANA TERUS MENARIK HIKMAH KELUAR DARI BILIK DAN TINGGALKAN KHALIL SEROANG DIRI DENGAN HARAPAN MEMENUHI KEHENDAK KHALIL AKAN MEMBUATKAN ADIKNYA LEBIH TENANG.

Saturday, November 8, 2014

Sambungan yang terdahulu yea,,,, tahu keperluan berkhwin

Langkah 1.
Tahu keperluan berkahwin.


Perlu tahu dan faham keperluan perkahwinan kepada diri,keluarga, masyarakat, negara dan agama. Tapi ingat..wajib dahulukan nilaian Allah dan RasulNya dalam menetapkan jawapan kita. Orang yang nak berkahwin tanpa fikirkan kepentingan pada perkara di atas akan mudah goyah dalam langkahnya. kahwin sebab suka sama suka memangla best.tapi kalau kau berdua saja yang suka tak boleh juga la. sebab itu dalam memasang angan2 berumah tangga bayangkan dulu penerimaan kita dan keluarga sekurangnya. Tetaplah penerimaan Allah dan Rasul paling utama dan perlu mendahului yang lain. Sebab itu perlu ada prinsip yang jelas dalam mengimpi dan mencari siapa bakal pasangan kita nanti. Dan perlulah tegas dengan prinsip. Jangan kahwin kerana memenuhi kehendak yang salah. Kahwin je la dengan sapa pun asal kawin. Biar je la. tak baik pun asal kaya. Lantak la kawin lari ke lompat ke janji kawin. Lantak la kau nak cerai berai janji aku dapat kau... oh..jangan.. bahaya tu nanti. Apa yang perlu kita faham adalah perkahwinan mampu berjalan baik bila kita tahu tujuan kita dihidupkan. Allah cipta kita untuk kenal dan untuk beribadah padaNya. Jadi nak perkahwinan hebat perlu niat untuk miliki perkahwinan yang dengan perkahwinan itu nanti kita mampu lebih kenal Allah dan mampu beribadah dengan lebih baik padaNya..

Monday, October 27, 2014

TANGISAN AKU PERGI (EHSAN PELIRIK BEBAS)

Tangisan Aku Pergi


Di sini bermula cerita kau dan aku,
Semua rasa sayang cinta dan rinduku,
Segala janji dan sumpah setia..
Oooo..ooo..oooo

Aku coretkan sebuah puitis,
Untuk tatapan dikau yang ku sayang,
Antara kita berakhir segalanya,
Namun ku setia...

Kini tangisku tiada lagi yang memujuk,
Kini tawaku tiada lagi yang menyambut,
Aku sendiri, maseh sendiri,
Hidup sepi...

Maafkan aku melepaskanmu,
Atas nama cinta, rasa dan rinduku,
Aku pergi tak kembali,
Maafkan diriku sayang...

Akhirnya kita menjadi kenangan,
Kau kini bahgia bersama yang lain,
Namun aku tetap teguh,
Demi janji..kita....

Saturday, October 25, 2014

10 LANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA...

10 LANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA

1.   Jawab soalan-soalan ni dulu. Kalau ada jawapan TAK maknanya tak berapa sesuai la baca buku ni.. ok soalannya adalah:
1.   Layak dah ke aku nak fikir pasal kahwin?
2.  Agak-agak mak ayah pun dah rasa ke aku ni layak untuk kawin?
3.  Kawan sebaya aku dah ada yang kawin?
4.  Aku rasa aku ni memang dah betul-betul kena kawin ni?
5.  Aku dah tahu kenapa aku perlu kawin cepat?
6.  Aku rasa sekarang adalah masa terbaik aku mula berfikir tentang berkahwin?
7.  Aku nak kawin macam kebanyakan orang lain kawin..maksudnya ;
i.    Aku tak nak kena tangkap basah.
ii.   Aku tak nak kawin lari.
iii.  Aku tak nak mak mertua tak datang kenduri aku sebab tak restu.

Kalau 10 soalan tadi jawapannya YA..jom kita mula melangkah ke langkah seterusnya menuju alam rumahtangga. Kat depan nanti ada 10 langkah menuju alam rumahtangga.



Kenapa perlu sangat nak bersungguh bagai nak kena tahu ni? Ok..ni 10 sebab kami nak bagi.. pilihla mana jawapan yang sesuai untuk korang.. ;)

i.     Pernikahan adalah sunnah. maka melaksanakan sunnah perlulah sebaik dan sesempurnanya supaya tepatlah dengan tujuan sunnah itu dicipta.
ii.    Perkahwinan adalah perkara besar yang mampu merubah hidup kita. menjadikan kita bukan seperti kita yang dulu bahkan dari sudut persoalan agama pun bakal wujud hukum baru yang perlu kita fahami.
iii.   Berkahwin melibatkan 2 pihak utama iaitu keluarga lelaki dan keluarga perempuan. Anak lelaki selamanya terikat dengan ibunya manakala anak perempuan selagi belum pernah berkahwin maka tanggungjawab masih sama di bahu ayah. Jadi nak memenuhi kehendak mak si lelaki dan dalam masa sama keinginan ayah si perempuan bukanlah hal mudah dik oii..
iv.   Kahwin ni hukum asalnya harus. Tapi dalam situasi tertentu ia mungkin jadi wajib,sunat atau juga makruh dan haram. Tu yang kena tahu. Bukan asal ada orang nak ajak kau kawin je kau pun melantun2 rasa kena kawin.. semak dan tenung dulu.
i.     Berumahtangga hakikatnya bukan mengikut apa yang kita mahu tapi ikut apa yang kita perlu ikut. Barula berkat dan selamat.
ii.    Kahwin bukanlah happy ending kisah hidup manusia..tapi ia permulaan kepada sesuatu yang tak mampu kita jangka dan duga.
iii.   Duit bukan segalanya bagi sebuah perkahwinan tapi kahwin perlu duit dan bajet maka kena tahu juga serba serbinya.
v.    Orang Islam hidup matinya adalah untuk Allah. Jadi kerana perkahwinan adalah sebahagian kehidupan maka perlulah benar2 faham untuk jadikan ianya benar2 dilakukan kerana Allah.
i.     Aturan nikah kahwin seseorang tak sama. Sebab itu perlu faham supaya kita adalah kita dan mereka tetaplah mereka.
vi.   Semua orang khususnya wanita mengharapkan agar pernikahan pertama adalah yang terakhir buatnya. Tapi siapa yang boleh menjamin apa yang kita harapkan. Maka andai yang pertama atau terdahulu tak berjaya mungkin ada langkah di sini yang boleh kita susun semula menuju gerbang baru alam rumah tangga.






InsyaAllah..sekarang masa untuk kita melangkah ke gerbang rumah tangga. Peringatan untuk semua..langkah dengan lafaz bismillah ye :

Wednesday, October 22, 2014

DRAMA KHP : AKU TANPA ZURIAT!!!

PROPOSAL TELEMOVIE




JUDUL:
AKU TANPA ZURIAT




 DISEDIAKAN OLEH:
SURIA SAAD

DISEMAK OLEH :
SURJA KHAIRUL ISHAK (JAJA ISHAK)


DITERBITKAN OLEH :
KHALIL HISYAM PRODUCTION 



SINOPSIS TELEMOVIE
Oleh; Suria Saad/ Surja Khairul Bin Ishak


JUDUL
AKU TANPA ZURIAT

DURASI


TARGET PENONTON
UMUM

ASAS CERITA

SITUASI
Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak dipercayai mampu menjadi pengikat hubungan antara suami isteri. Konflik ketiadaan zuriat pula telah menjadi antara punca keretakan institusi rumah tangga.

Menerima hakikat ketiadaan zuriat adalah sesuatu yang sangat perit bagi pasangan suami isteri. Namun derita lebih dirasa oleh wanita yang sering dianggap menjadi punca bila pasangan tidak dikurniakan zuriat. Poligami dengan alasan tiada zuriat juga seakan menjadi fenomena dalam masyarakat.

Justeru, drama ini cuba memberi perkongsian dan panduan khususnya kepada golongan wanita dalam mendepani konflik rumahtangga tanpa kehadiran cahaya mata. Semoga masyarakat akan terdidik untuk lebih memahami dan menerima sesuatu yang berlaku tidak hanya dari kacamata adat tetapi lebih utama dengan bersumber pandangan dan nilaian agama. Ini bertepatan firman Allah : " Kadangkala kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagimu dan kadangkala kamu membenci sesuatu sedang ia baik untukmu".


OBJEKTIF
-       Memberi ruang golongan yang melalui kisah sama untuk merasa difahami.
-       Menyedarkan masyarakat bahawa takdir manusia tidak sama dan ia adalah kehendak Allah.
-       Memaparkan tips dan panduan santai pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata untuk menghadapi reaksi keluarga dan masyarakat.
-       Memberi pengetahuan mengenai tujuan kehidupan manusia sebagai seorang hamba Allah
-        


SINOPSIS

Iskandar seorang anak tunggal kepada seorang usahawan terkenal dan sedang mengusahakan perniagaan keluarga. Beliau seorang yang sangat rajin melakukan aktiviti kemasyarakatan di masa lapang. Ibunya Datin Maria adalah seorang yang sangat sederhana  tapi sangat menjaga anaknya namun tidaklah sehingga mengongkong kehidupan Iskandar. Datin Maria mempunyai seorang abang yang telah menjaganya semenjak selepas kematian ibu bapa mereka. Kerana jasa abangnya itu Datin Maria banyak terkesan dengan cadangan dan keputusan abangnya Halim dan kakak iparnya Ramlah.

Iskandar mempunyai seorang kenalan bernama Liana. Mereka berkawan baik semenjak sama-sama terlibat dengan program kemasyarakatan di universiti. Persahabatan mereka berterusan sehingga alam kerjaya kerana minat dan hobi yang sama iaitu berbakti kepada masyarakat. Keduanya saling menyembunyi perasaan kerana Iskandar telah dimaklumkan untuk dijodohkan dengan Sofia, anak saudara kepada Ramlah. Namun dari hari ke hari Iskandar semakin tawar hati dengan sikap ibu saudaranya yang terlalu mendesak dan sering bercakap tentang harta peninggalan arwah ayahnya. Iskandar sering mengunjungi rumah amal di mana Liana berkhidmat sukarela di sana.

Iskandar akhirnya memutuskan untuk mengahwini Liana setelah Datin Maria memberi restu untuk mereka bersama walaupun ditentang hebat oleh Ramlah. Perkahwinan mereka amat bahagia dengan cinta selepas berkahwin yang mereka lalui.

Namun konflik demi konflik timbul bilamana masih tiada tanda bahawa mereka akan dikurniakan cahaya mata. Sikap Datin Maria yang terhasut dengan Ramlah dan saudara maranya memberi tekanan kepada Iskandar dan Liana. Hubungan mereka kadangkala menjadi tegang bila isu zuriat diutarakan. Keluarga Iskandar seolah-olah meletakkan kesalahan pada Liana.

Konflik memuncak bila Sofia sekali lagi dimunculkan dalam hidup Iskandar. Dipaksa bekerja bersama Sofia menjadikan Iskandar serba salah dan keliru antara kasih seorang isteri dan juga hajat keluarga untuk melihat dia mempunyai cahaya mata.

Liana tiba-tiba menyuarakan keizinannya agar Iskandar mengahwini Sofia dengan 2 syarat. Pertama dia mahu bermusafir bersama Sofia dan Datin Maria sebelum mereka berkahwin. Dan yang kedua Liana tidak boleh bekerja selepas berkahwin.

10 hari musafir mereka menunaikan umrah telah merubah kisah hidup Liana dan Iskandar. Datin Maria sendiri telah nekad membatalkan kesungguhan rancangan menyatukan Iskandar dan Sofia dengan alasan dia telah mengenali siapa Sofia dan dia telah faham kesilapannya sering memberi tekanan kepada anak menantunya dalam hal memiliki zuriat.

Ramlah yang berdendam dengan apa yang berlaku dengan sengaja membongkar kisah sebenar bahawa Iskandar adalah anak angkat Datin Maria dan Dato Osman. Iskandar pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan dan menjauhi ibunya. Namun akhirnya segalanya kembali pulih bila Liana disahkan hamil. Berseri kembali keluarga dan rumahtangga mereka. Namun sewaktu usia kandungan Liana 9 bulan, Iskandar mengalami kemalangan dan meninggal dunia.  Liana membesarkan Zulkarnain anak mereka dengan azam menjadikan dia seperti mana doa ayahnya Iskandar.


PARA PELAKON

 NNT FIKIR