Wednesday, October 8, 2014

UTK LEBIH DIHORMATI PENUHI DADA DGN ILMU... WALAUPUN KITA SEORANG POMPUAN NOKS!!!! KAU RASA??? PILING TAK?

WANITA DAN ILMU

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِ م

"Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim".

Sesungguhnya tuntutan menuntut ilmu bukanlah tuntutan khusus bagi kaum adam semata. Sebagai wanita yang memegang amanah hebat membentuk generasi ummat, kaum hawa juga tutut sama dipertanggungjawabkan untuk mencari dan mendalami ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu perlu dijadikan salah satu rutin kehidupan yang tidak boleh dikesampingkan. Dalam kesibukan menjadi tenaga kerja juga suri rumahtangga, wanita wajib mencari ruang dan peluang untuk sama-sama menambah ilmu dan pengetahuannya. Bagi memulakan langkah menjadi wanita solehah yang akan bahagia di dunia dan akhirat, wanita perlu terlebih dahulu bersedia menjadi penuntut ilmu sepanjang masa. Mendalami bahan bacaan, menghadiri pengajian, berkongsi sesama kawan-kawan yang baik adalah antara cara mudah mencambahkan ilmu pengetahuan. Namun sebagai wanita muslimah yang mempunyai nilai dan darjat yang mulia dari wanita-wanita lain, adab dan etika menuntut ilmu haruslah difahami sebaiknya. Dengan pemahaman yang baik, wanita mampu mencapai keutamaan dalam hidupnya tanpa mengabaikan tanggungjawab dan amanah sedia ada.
Antara adab-adab yang perlu difahami oleh golongan muslimah berkaitan dengan menuntut ilmu adalah:
1. Mendapat izin suami (untuk yang bersuami) untuk keluar menuntut ilmu.
2. Penglibatannya dalam majlis ilmu perlulah aman dari fitnah.
3. Mencari guru di luar setelah tiada yang boleh mendidiknya di kalangan mahramnya.
4. Tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga dan keluarga.
Wanita tidak akan mampu menjadi isteri, ibu, anak, pekerja, ketua, atau apa sahaja tanpa ilmu yang mencukupi. Dan hanya ilmu agama yang mampu menambah kesempurnaan tugas seorang wanita samaada dalam kehidupan peribadi atau bermasyarakat. Ini kerana Islam sebagai agama yang sempurna telah menyediakan garis panduan yang cukup lengkap untuk membantu para wanita menjadi yang terbaik di kalangan yang baik.

“Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya mengerti masalah agama.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Persoalan hari ini sejauh mana masyrakat merasa perlu untuk terus mendalami ilmu? Adakah cukup dengan pengiktirafan dari helaian sijil yang menyatakan seseorang itu telah memiliki ilmu dalam bidangnya? Inilah persoalan yang cukup membimbangkan bilamana ijazah dan kelulusan menjadikan manusia merasa cukup dengan apa yang ada. Jawatan besar juga membuatkan manusia merasa hebat dan sempurna dari terus mempersiapkan diri menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama. Hari ini, kata-kata ‘Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’ seakan tidak ada kebenaran. Kita seakan rela berada dalam budaya ikut-ikut dari mengkaji sendiri sesuatu yang datang kepada kita melalui neraca

timbangan ilmu yang benar. Kita seakan tidak sanggup menggadaikan sedikit masa untuk mendalami ilmu apalagi untuk menjadi pencinta-pencinta ilmu.

“Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata:
“Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mahu mencari ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dikutip dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah’, halaman 14-15)
Nyata di sini bahawa ilmu amat diperlukan untuk menjana kecemerlangan seseorang insan. Tanpa ilmu manusia tidak mungkin memiliki apa-apa yang dihajatinya dengan pemilikan yang sebenar. Memiliki ilmu akan menjadikan manusia mampu menyelamatkan diri dari kejahilan yang pastinya akan merosakkan kehidupan.

Dr. ‘Aidh Qarni dalam bukunya yang bertajuk ‘La Tahzan (Jangan Bersedih) ada menyebut tentang bagaimana ilmu mampu menghilangkan kesedihan dalam diri manusia. Beliau menyatakan bahawa manusia yang memiliki ilmu akan memahami hikmah disebalik ujian dan kesedihan yang ditimpakan Allah padanya. Dengan yang demikian kesedihan dapat diatasi dengan sebaiknya.
Ilmu tidak hanya diperlukan untuk meraih habuan dunia semata, bahkan ilmu yang lebih utama adalah ilmu yang mampu menghidupkan jiwa untuk terus mengingati Allah dan RasulNya.
Saidina Ali r.a ada menyatakan:

“Sesiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang menghendaki keduanya maka hendaklah juga dia berilmu’.

Saturday, September 27, 2014

AL-QURAN PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT... TERMASUKLAH PENYAKIT HATI...

AL-QURAN ITU PENAWAR
Hari ini apa saja jenis ubat yang dijual pasti mendapat sambutan. Maklumlah pelbagai penyakit dah muncul sampai ada yang tak ada nama nak digelar padanya. Kalau dulu2 sesetengah penyakit hanya mendekati golongan berusia, tapi hari ini seakan tak ada halangan untuk sesuatu penyakit menyerang sesiapa saja hatta kepada anak2 kecil..
Untuk lepas dari penyakit, manusia sanggup lakukan apa saja. Apalagi bila kesakitan itu ditimpa kepada orang yang kita sayang..wang ringgit bukan sesuatu yg penting lagi..sebut saja di mana2 pun kalau betul ada ubatnya, kita akan sanggup pergi..memang bagus berusaha mencari ubat dan rawatan, tapi lagi bagus kalau kita berusaha mencegah dari awal..sebab kebanyakan penyakit datang selepas kita yang menjemputnya ;)..
Allah dah sebut bahawa al-Quran adalah penawar dan rahmat..sungguh! itulah hakikatnya sebab kata2 Allah semuanya benar..tapi persoalannya, berapa ramai dari kita yang dah menjadikan al-Quran sebagai penawar..dan dah mengambil dengan sepenuh hati ayat2 dari kitab suci ini sebagai sumber pencegahan segala penyakit kita?? Inilah soalan yang kadang2 boleh buat orang menggaru kepala.. ;)
Ramai dari kita yang memaksa diri percaya setelah ubat2 lain ‘tak jalan’ untuk sembuhkan penyakit2 mereka..maka larislah perubatan yang meletakkan bacaan ayat al-Quran sebagai salah satu kaedah rawatan..mungkin ini perkembangan positif tentang penerimaan kita pada ayat2 al-Quran..
Namun apa yang menyedihkan bila penawar al-Quran hanya diperlakukan seperti ubat biasa yang kita ambil..hanya ambil bila perlu..dan tinggalkan bila dah rasa sedikit sihat. Seperti orang2 yang terkena gangguan makhluk halus… derita gangguan menjadikan mereka ‘terpaksa’ belajar memasang ayat2 al-Quran di rumah.. dan Alhamdulillah banyak berlaku, kerana ‘diganggu’ kita baru mahu mengambil tahu tentang ayat2 Allah ini..namun amat mendukacitakan kalau apa yg diamalkan dalam ketakutan ini tak dilatih tubi untuk dikekalkan..
Realiti ini sebenarnya menyedihkan…menjadikan Allah dan kalamnya sebagai pilihan terakhir dalam membuat keputusan..dan kadang2 yang lebih memalukan bila ayat2 al-Quran dijadikan azimat dengan sekadar ikut2an.. dan sebab itu ada yang tidak tahu pun ayat apa yang digantung di premis mereka kerana meletakkannya sekadar meniru kebiasaan orang lain! Maka jika beginilah kisahnya, susahlah.. mana mungkin kita merasa keberkesanan dan kehebatan kalam Allah kalau penerimaan kita bukan sepenuh hati…
Mungkin sekarang sudah masanya kita kembali menjadikan Al-Quran sebagai terapi dan penawar utama diri dan keluarga kita..bermula dengan membawa al-Quran ke dalam rumah-rumah kita.. belajar membaca atau merutinkan bacaannnya bagi yang sudah mahir membaca.. moga manfaatnya nanti bukan hanya memberi kesihatan dan ketenangan di dunia tapi al-Quran juga mampu mensyafaatkan kita di hari akhirat nanti.
Ayat syifa’ @ hadith tentang syafaat al-Quran.

Thursday, September 25, 2014

KITA YANG BERUNTUNG


Cakap pasal untung mesti akan terbayang pasal urus niaga kan? ye la..mana nak datang untung tanpa keluarkan modal...kalau nak untung besar..modal pun kena besar la...betul tak?? itu cerita berniaga tapi kita tak nak cerita berniaga2 ni sebab bukan semua orang jiwanya suka nak berniaga...tapi yang pasti semua orang nak untung....kan?

Dalam tak sedar kita yang bernama muslim ni memang dah semulajadinya beruntung...untung besar lagi...kita ada Allah yg maha hebat dari segala sudut dan segi...kita ada Dia yang akan mencukupkan segala kekurangan kita...kita ada Dia yang maha baik dan maha memahami segalanya...kita ada tempat mengadu yang tak pernah perlukan kita buat appointment kalau kita memerlukan...sentiasa available dan free of charge....cuma silap kita sendiri yang selalu meletakkan term and condition untuk menghadap Allah....hatta untuk ingat Allah...sedangkan Allah tu sentiasa ada untuk kita dan teramat dekat dengan kita...

Mungkin kita selalu rasa susah untuk ingat Dia dengan sebab segala bentuk pra syarat yang kita cipta itu.. tapi kita perlu tahu yang Allah tak pernah letakkan apa2 syarat kelayakan untuk kita meminta, mengharap, merayu atau merintih pada Dia...bila2 masa dan di mana sahaja...Dia ada untuk mendengar 'cerita' kita...mungkin kita tak ingat Allah sebab kita tak ada cerita nak diceritakan pada Dia...tapi betul ke?? atau kita yang tak mahu bercerita...lebih selesa untuk disimpan dan diceritakan pada orang2 tertentu...orang yang kita sayang atau orang yang sayang kita.. atau untuk orang yang
kita rasa boleh faham perasaan kita..tapi ada ke yang lebih sayang dan faham kita daripada Allah.??..
Allah amat faham kita sebab tu Dia tak pernah minta balasan dari apa yang Dia bagi sebab Dia tahu kita ni tak ada apa2 pun...sayangnya Dia pada kita..walaupun kita tak ingat Dia dan 'jasa2' Nya tapi tetap Dia bagi juga lagi rezeki dan nikmat pada kita...baiknya Dia kan??
Rasa susah mungkin sebab kita tak pandai...tak pandai tu datang dari tak tahu...nak tahu kena belajar...banyak step tu kan??

Tapi kita ambil saja yang paling mudah dulu...minta saja dengan Allah. Nabi s.a.w ada ajarkan Saidina Muaz r.a satu doa...
اللهم اعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatimu, bersyukur padaMu dan melakukan ibadah kepada Mu dengan sebaiknya"
Nak paham, nak pandai dan nak dimudahkan itu semua dari Allah. Jadi..jom selalu ingat dan minta dari Allah..

Monday, September 22, 2014

BENCANA KEZALIMAN / DAN KURNIA!!!



Segala bencana yang melanda dunia hari ni mungkin hanya kejadian alam bagi sesetengah kita...namun tak kurang yg memikirkan kemungkinan itu balasan untuk sesetengah perkara...atau juga pengajaran untuk kita yang masih ada nyawa ni... dan andai kita tahu apa mesejnya maka bukanlah sekadar simpati dan sedih hati saja yang kita luahkan tapi juga kita akan merasakan ketakutan yang hebat dengan 'show' itu... takut kalau kita yang akan ditakdirkan menjadi mangsa bencana2 tu..atau yang paling perlu ditakuti kalau doasa2 kitalah yg jadi penyebab orang lain terpaksa turut sama menerima 'penderitaan' tu...

Banyak perkara yang kita tak tahu kan?? sesuailah dengan sifat kita sebagai hamba yang serba kekurangan ni...tapi kekurangan bukan beerti kelemahan sebab kalau semua yang kita rasa kekurangan tu difahami sebaiknya kita akan yakin bahawa semua tu adalah kurniaan.. pemberiaan dari Allah untuk kita... bukan saja2 tapi setiap 'pemberian'Nya terkandung makna yang perlu kita tahu atau sekurang2nya ambil tahu... kita tak dicipta sempurna supaya kita mampu sedar bahawa ada Zat yg maha Sempurna yang sepatutnya jadi tempat kita 'bercerita' dan meminta...

Kita dikurnia kelebihan hanya untuk menggambarkan kehebatan sang Pemberi.. supaya Dia dipuja dan dipuji bukan supaya kita bangga atau besar diri... janji Dia kalau kurnia baik disyukuri pasti banyak dan lebih lagi yang akan kita nikmati... kalau sebaliknya tunggulah waktu kita akan rasa seksa bila diuji..sebab orang beriman yang pandai bersyukur dengan nikmat takkan terlalu tersiksa dengan ujian...dia akan faham ujian tu sekadar nak membersihkan hati dan diri...

tapi orang yang hanya pandai bergembira dengan nikmat pasti susah nak rasa 'biasa2 je' bila teruji...waktu tu sabarnya tak ada...yang ada cuma benci, sedih, marah, tak puas hati n macam2 lagi dosa baru dilahirkan... dan akhirnya kita rasa teramat kecewa kononnya kita ni tak pernah terima nikmat pun dalam hidup...

Sebab tu semuanya perlu dirasakan dari Allah dan untuk Allah... supaya kita akan selalu ingat Allah dan kita akan sedar yang kita sangat2 memerlukan Allah

Saturday, September 20, 2014

IKHLAS??? KAU RASA???

SAYA IKHLAS

Bercakap tentang ikhlas memang susah..sebab ikhlas bukan benda yang boleh ditunjuk..walaupun dengan lafaz..saya ikhlas!.. ibarat ikhlas adalah umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam gua pada waktu malam!..

Ikhlas..ujian terbesar untuk umat Muhammad.. tak susah untuk buat kebaikan tapi sangat2 susah untuk ikhlas.. apatah lagi ikhlas hanya untuk Allah... Orang yang ikhlas adalah orang yang tak mengharapkan penghargaan..tak mahu apa yang diberi atau dibuat itu disebut apatah lagi untuk disanjung-sanjung... ikhlasnya Nabi s.a.w menyampaikan dakwah, Baginda tak pernah marah pada orang yang tak terima dakwahnya..sampai pada orang yang tak suka Baginda pun Baginda tak pernah kecil hati...

Keikhlasan takkan lahir secara tiba-tiba tapi ia akan muncul dari hati yang dididik untuk ikhlas.. sebab tu banyaknya amalan hamba ni bukan jaminan untuk dia layak ke syurga.. sebab dalam banyak-banyak tu mungkin sikit sangat yang dilakukan ikhlas kerana nak cari redho Allah..atau mungkin juga tak ada langsung yang dibuat dengan ikhlas... buat ibadah sebab dah biasa buat dari kecil lagi..solat awal waktu sebab ada keperluan lain lepas tu...kalau tak,saja-saja dilambat-lambatkan solat tu..., buat baik sebab nak orang sebut atau ingat kita....tolong orang sebab nak orang tu tolong balik bila kita susah... bila berlaku sebaliknya mula la rasa tak senang, tak puas hati dan dah tak nak buat kebaikan pada
orang2 atau keadaan2 tertentu...

Kunci ikhlas ialah menutup pandangan manusia.. jadi takkan timbul bila buat kebaikan nak dijaja pada orang..bila ada keburukan sendiri pula cepat2 cover dengan salahkan orang lain... memburukkan orang untuk tonjolkan kebaikan kita bukan sifat yang baik.. Nabi kita dah bagi contoh kan, supaya balas kejahatan dengan kebaikan.. sebab kejahatan tu sifatnya kan tak berkekalan...bila datang kebenaran, terhapusla ia nanti...

Allah dah janji macam tu... tak perlu kita nak dahulukan janji Allah tu kalau betul kita yakin... Apapun yang kita buat, matlamatkanlah redha Allah.. itu yang akan jadikan kita sentiasa ikhlas.. jangan pernah mengharapkan sesuatu dari manusia..sebab pujian manusia adalah permulaan kehancuran untuk diri kita

Friday, September 19, 2014

HIJRAH KITA....

HIJRAH KITA

Kisah hijrah agung dah berlalu lebih 1434 tahun..kisah yang mungkin tiada ulangan tapi yang pasti semangat dari kisah tu akan terus kekal kalau kita nak menghidupkan..dalam peristiwa hijrah tu macam2 versi dan sudut pandang boleh kita wujudkan.. cuma antara nak atau tak je..kan?? Hijrah kalau difaham dengan makna berpindah, mungkin jadi sesuatu yang agak susah nak dipraktikkan..apatah lagi kalau yang nak pindahkan atau tinggalkan sesuatu yang dah sebati dengan kita atau yang kita sayang.. hijrah Nabi s.a.w memang menunjukkan nabi berpindah dari Mekah ke Madinah.. tapi perpindahan Nabi s.a.w tak pernah mengurangkan apa yang telah Nabi s.a.w mulakan..tak satu pun kebaikan ditinggalkan..

semuanya ditingkatkan dan ditambahbaikkan..
Jadi kalau kita mampu faham macam tu maknanya setiap dari kita berperanan untuk berhijrah pada setiap tibanya tahun baru atau mungkin juga setiap hari ;).. kan muslim yang baik itu hari ini lebih baik dari semalam..memang bukan kewajipan tapi sebagai menjejak langkah peribadi contoh kita..tak salah kan?? ;) Tentang apa yang nak dihijrahkan, kena tanya diri masing2.. kuncinya satu.. dan sama bagi setiap manusia.. kita tak dicipta melainkan hanya untuk menyembah Allah kan?? so ciptalah penghijrahan yang akan mengarah kita kepada tujuan penciptaan itu..di manapun kita, apapun peranan kita, berhijrahlah dengan cara-cara kita sendiri.. aturlah langkah hijrah kita dengan strategi tersendiri..

Dalam diri kita kan ada raja, menteri dan tentera2 yang boleh membantu menggerakkan segala cita2..tapi jangan pernah lupa bahawa keperluan utama kita adalah pertolongan dari Raja segala raja.. masuk mengadaplah selalu.. faham perintah dan suruhanNya, dan cubalah mengatur langkah...
Agungnya kisah hijrah hingga Allah mengizinkannya untuk dinukil sebagai perkiraan kehidupan harian kita..mungkin Allah mengizinkan juga kisah itu terus menemani kita dalam mempertingkatkan tahap kita mengingatiNya.. sebab pada kisah hijrah, Nabi s.a.w tidak hanya berhijrah untuk kebaikan tertentu, tapi berhijrah kerana ketaatan pada Allah... dan kita juga perlukan ketaatan itu untuk menjadikan hijrah kita lebih indah.. sebab hanya ketaatan dan kecintaan yang mampu menjadi ubat kepada kesusahan, kesedihan, pengorbanan, dan pelbagai sifat 'pahit' hijrah... dan pastinya kita juga sebenarnya memerlukan 'sifat2 pahit' ini untuk memberi kesembuhan pada jutaan 'penyakit' kita..

so, JOM HIJRAH! ;)

Tuesday, September 16, 2014

SOAL HATI ...

SOAL HATI

“Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik.. berjuanglah tapi jangan mengaku wira”
Minat sangat lirik dalam nasyid ni.. simple tapi sangat bermakna.. seolah nak bagitau kita kalau kita betul2 baik, kita takkan mengaku baik.. apa lagi nak kata orang lain tak baik..
Rasulullah s.a.w sebaik2 manusia, tapi takde satu ayat pun yang mana Baginda s.aw. mengaku kemuliaan diri baginda dalam bentuk menghina orang lain.. selalu kita jumpa rendah diri Baginda s.a.w mengaku sebagai hamba yang lemah, hamba yang tak berdaya, dan macam2 lagi rayuan pengaduan Baginda s.a.w pada Allah yang menunjukkan seakan diri Baginda tu hina dina sangat.. belum lagi cerita kisah kehidupan Baginda yang penuh kekurangan dari segi keduniaannya tu.. jauh sangat kita tinggalkan Baginda s.a.w sebagai contoh teladan.. sedangkan selalu kita mengaku Baginda lah ikutan.. hipokrit sungguh kan?!

Perkara yang sangat mudah merosakkan kita ialah bila kita rasa baik.. tak kira la kita akui tu dalam hati saja atau luahkan..sama jugak kalau kita rasa orang lain tak baik samada kutuk dalam hati atau zahirkan.. dan pastinya berbeza dengan istilah nasihatkan dan doakan orang tu.. sebab 2 perkara ni tuntutan.. Allah suruh dan Rasulnya ingatkan.. kesalahan bukan untuk dimarah atau dibenci tapi untuk dibetulkan.. dan doa adalah sebaik2 cara membetulkan sebab doa kan senjata mukmin.. saidina Umar r.a di zaman jahilnya penuh kisah2 kejahatan, tapi dengan doa Nabi s.a.w Allah ubah hatinya jadi pencinta agama yang sangat2 hebat.. lagipun kan Allah dah janji..”