Saturday, November 8, 2014

Sambungan yang terdahulu yea,,,, tahu keperluan berkhwin

Langkah 1.
Tahu keperluan berkahwin.


Perlu tahu dan faham keperluan perkahwinan kepada diri,keluarga, masyarakat, negara dan agama. Tapi ingat..wajib dahulukan nilaian Allah dan RasulNya dalam menetapkan jawapan kita. Orang yang nak berkahwin tanpa fikirkan kepentingan pada perkara di atas akan mudah goyah dalam langkahnya. kahwin sebab suka sama suka memangla best.tapi kalau kau berdua saja yang suka tak boleh juga la. sebab itu dalam memasang angan2 berumah tangga bayangkan dulu penerimaan kita dan keluarga sekurangnya. Tetaplah penerimaan Allah dan Rasul paling utama dan perlu mendahului yang lain. Sebab itu perlu ada prinsip yang jelas dalam mengimpi dan mencari siapa bakal pasangan kita nanti. Dan perlulah tegas dengan prinsip. Jangan kahwin kerana memenuhi kehendak yang salah. Kahwin je la dengan sapa pun asal kawin. Biar je la. tak baik pun asal kaya. Lantak la kawin lari ke lompat ke janji kawin. Lantak la kau nak cerai berai janji aku dapat kau... oh..jangan.. bahaya tu nanti. Apa yang perlu kita faham adalah perkahwinan mampu berjalan baik bila kita tahu tujuan kita dihidupkan. Allah cipta kita untuk kenal dan untuk beribadah padaNya. Jadi nak perkahwinan hebat perlu niat untuk miliki perkahwinan yang dengan perkahwinan itu nanti kita mampu lebih kenal Allah dan mampu beribadah dengan lebih baik padaNya..

Monday, October 27, 2014

TANGISAN AKU PERGI (EHSAN PELIRIK BEBAS)

Tangisan Aku Pergi


Di sini bermula cerita kau dan aku,
Semua rasa sayang cinta dan rinduku,
Segala janji dan sumpah setia..
Oooo..ooo..oooo

Aku coretkan sebuah puitis,
Untuk tatapan dikau yang ku sayang,
Antara kita berakhir segalanya,
Namun ku setia...

Kini tangisku tiada lagi yang memujuk,
Kini tawaku tiada lagi yang menyambut,
Aku sendiri, maseh sendiri,
Hidup sepi...

Maafkan aku melepaskanmu,
Atas nama cinta, rasa dan rinduku,
Aku pergi tak kembali,
Maafkan diriku sayang...

Akhirnya kita menjadi kenangan,
Kau kini bahgia bersama yang lain,
Namun aku tetap teguh,
Demi janji..kita....

Saturday, October 25, 2014

10 LANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA...

10 LANGKAH KE ALAM RUMAHTANGGA

1.   Jawab soalan-soalan ni dulu. Kalau ada jawapan TAK maknanya tak berapa sesuai la baca buku ni.. ok soalannya adalah:
1.   Layak dah ke aku nak fikir pasal kahwin?
2.  Agak-agak mak ayah pun dah rasa ke aku ni layak untuk kawin?
3.  Kawan sebaya aku dah ada yang kawin?
4.  Aku rasa aku ni memang dah betul-betul kena kawin ni?
5.  Aku dah tahu kenapa aku perlu kawin cepat?
6.  Aku rasa sekarang adalah masa terbaik aku mula berfikir tentang berkahwin?
7.  Aku nak kawin macam kebanyakan orang lain kawin..maksudnya ;
i.    Aku tak nak kena tangkap basah.
ii.   Aku tak nak kawin lari.
iii.  Aku tak nak mak mertua tak datang kenduri aku sebab tak restu.

Kalau 10 soalan tadi jawapannya YA..jom kita mula melangkah ke langkah seterusnya menuju alam rumahtangga. Kat depan nanti ada 10 langkah menuju alam rumahtangga.



Kenapa perlu sangat nak bersungguh bagai nak kena tahu ni? Ok..ni 10 sebab kami nak bagi.. pilihla mana jawapan yang sesuai untuk korang.. ;)

i.     Pernikahan adalah sunnah. maka melaksanakan sunnah perlulah sebaik dan sesempurnanya supaya tepatlah dengan tujuan sunnah itu dicipta.
ii.    Perkahwinan adalah perkara besar yang mampu merubah hidup kita. menjadikan kita bukan seperti kita yang dulu bahkan dari sudut persoalan agama pun bakal wujud hukum baru yang perlu kita fahami.
iii.   Berkahwin melibatkan 2 pihak utama iaitu keluarga lelaki dan keluarga perempuan. Anak lelaki selamanya terikat dengan ibunya manakala anak perempuan selagi belum pernah berkahwin maka tanggungjawab masih sama di bahu ayah. Jadi nak memenuhi kehendak mak si lelaki dan dalam masa sama keinginan ayah si perempuan bukanlah hal mudah dik oii..
iv.   Kahwin ni hukum asalnya harus. Tapi dalam situasi tertentu ia mungkin jadi wajib,sunat atau juga makruh dan haram. Tu yang kena tahu. Bukan asal ada orang nak ajak kau kawin je kau pun melantun2 rasa kena kawin.. semak dan tenung dulu.
i.     Berumahtangga hakikatnya bukan mengikut apa yang kita mahu tapi ikut apa yang kita perlu ikut. Barula berkat dan selamat.
ii.    Kahwin bukanlah happy ending kisah hidup manusia..tapi ia permulaan kepada sesuatu yang tak mampu kita jangka dan duga.
iii.   Duit bukan segalanya bagi sebuah perkahwinan tapi kahwin perlu duit dan bajet maka kena tahu juga serba serbinya.
v.    Orang Islam hidup matinya adalah untuk Allah. Jadi kerana perkahwinan adalah sebahagian kehidupan maka perlulah benar2 faham untuk jadikan ianya benar2 dilakukan kerana Allah.
i.     Aturan nikah kahwin seseorang tak sama. Sebab itu perlu faham supaya kita adalah kita dan mereka tetaplah mereka.
vi.   Semua orang khususnya wanita mengharapkan agar pernikahan pertama adalah yang terakhir buatnya. Tapi siapa yang boleh menjamin apa yang kita harapkan. Maka andai yang pertama atau terdahulu tak berjaya mungkin ada langkah di sini yang boleh kita susun semula menuju gerbang baru alam rumah tangga.






InsyaAllah..sekarang masa untuk kita melangkah ke gerbang rumah tangga. Peringatan untuk semua..langkah dengan lafaz bismillah ye :

Wednesday, October 22, 2014

DRAMA KHP : AKU TANPA ZURIAT!!!

PROPOSAL TELEMOVIE




JUDUL:
AKU TANPA ZURIAT




 DISEDIAKAN OLEH:
SURIA SAAD

DISEMAK OLEH :
SURJA KHAIRUL ISHAK (JAJA ISHAK)


DITERBITKAN OLEH :
KHALIL HISYAM PRODUCTION 



SINOPSIS TELEMOVIE
Oleh; Suria Saad/ Surja Khairul Bin Ishak


JUDUL
AKU TANPA ZURIAT

DURASI


TARGET PENONTON
UMUM

ASAS CERITA

SITUASI
Memiliki zuriat adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak dipercayai mampu menjadi pengikat hubungan antara suami isteri. Konflik ketiadaan zuriat pula telah menjadi antara punca keretakan institusi rumah tangga.

Menerima hakikat ketiadaan zuriat adalah sesuatu yang sangat perit bagi pasangan suami isteri. Namun derita lebih dirasa oleh wanita yang sering dianggap menjadi punca bila pasangan tidak dikurniakan zuriat. Poligami dengan alasan tiada zuriat juga seakan menjadi fenomena dalam masyarakat.

Justeru, drama ini cuba memberi perkongsian dan panduan khususnya kepada golongan wanita dalam mendepani konflik rumahtangga tanpa kehadiran cahaya mata. Semoga masyarakat akan terdidik untuk lebih memahami dan menerima sesuatu yang berlaku tidak hanya dari kacamata adat tetapi lebih utama dengan bersumber pandangan dan nilaian agama. Ini bertepatan firman Allah : " Kadangkala kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagimu dan kadangkala kamu membenci sesuatu sedang ia baik untukmu".


OBJEKTIF
-       Memberi ruang golongan yang melalui kisah sama untuk merasa difahami.
-       Menyedarkan masyarakat bahawa takdir manusia tidak sama dan ia adalah kehendak Allah.
-       Memaparkan tips dan panduan santai pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata untuk menghadapi reaksi keluarga dan masyarakat.
-       Memberi pengetahuan mengenai tujuan kehidupan manusia sebagai seorang hamba Allah
-        


SINOPSIS

Iskandar seorang anak tunggal kepada seorang usahawan terkenal dan sedang mengusahakan perniagaan keluarga. Beliau seorang yang sangat rajin melakukan aktiviti kemasyarakatan di masa lapang. Ibunya Datin Maria adalah seorang yang sangat sederhana  tapi sangat menjaga anaknya namun tidaklah sehingga mengongkong kehidupan Iskandar. Datin Maria mempunyai seorang abang yang telah menjaganya semenjak selepas kematian ibu bapa mereka. Kerana jasa abangnya itu Datin Maria banyak terkesan dengan cadangan dan keputusan abangnya Halim dan kakak iparnya Ramlah.

Iskandar mempunyai seorang kenalan bernama Liana. Mereka berkawan baik semenjak sama-sama terlibat dengan program kemasyarakatan di universiti. Persahabatan mereka berterusan sehingga alam kerjaya kerana minat dan hobi yang sama iaitu berbakti kepada masyarakat. Keduanya saling menyembunyi perasaan kerana Iskandar telah dimaklumkan untuk dijodohkan dengan Sofia, anak saudara kepada Ramlah. Namun dari hari ke hari Iskandar semakin tawar hati dengan sikap ibu saudaranya yang terlalu mendesak dan sering bercakap tentang harta peninggalan arwah ayahnya. Iskandar sering mengunjungi rumah amal di mana Liana berkhidmat sukarela di sana.

Iskandar akhirnya memutuskan untuk mengahwini Liana setelah Datin Maria memberi restu untuk mereka bersama walaupun ditentang hebat oleh Ramlah. Perkahwinan mereka amat bahagia dengan cinta selepas berkahwin yang mereka lalui.

Namun konflik demi konflik timbul bilamana masih tiada tanda bahawa mereka akan dikurniakan cahaya mata. Sikap Datin Maria yang terhasut dengan Ramlah dan saudara maranya memberi tekanan kepada Iskandar dan Liana. Hubungan mereka kadangkala menjadi tegang bila isu zuriat diutarakan. Keluarga Iskandar seolah-olah meletakkan kesalahan pada Liana.

Konflik memuncak bila Sofia sekali lagi dimunculkan dalam hidup Iskandar. Dipaksa bekerja bersama Sofia menjadikan Iskandar serba salah dan keliru antara kasih seorang isteri dan juga hajat keluarga untuk melihat dia mempunyai cahaya mata.

Liana tiba-tiba menyuarakan keizinannya agar Iskandar mengahwini Sofia dengan 2 syarat. Pertama dia mahu bermusafir bersama Sofia dan Datin Maria sebelum mereka berkahwin. Dan yang kedua Liana tidak boleh bekerja selepas berkahwin.

10 hari musafir mereka menunaikan umrah telah merubah kisah hidup Liana dan Iskandar. Datin Maria sendiri telah nekad membatalkan kesungguhan rancangan menyatukan Iskandar dan Sofia dengan alasan dia telah mengenali siapa Sofia dan dia telah faham kesilapannya sering memberi tekanan kepada anak menantunya dalam hal memiliki zuriat.

Ramlah yang berdendam dengan apa yang berlaku dengan sengaja membongkar kisah sebenar bahawa Iskandar adalah anak angkat Datin Maria dan Dato Osman. Iskandar pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan dan menjauhi ibunya. Namun akhirnya segalanya kembali pulih bila Liana disahkan hamil. Berseri kembali keluarga dan rumahtangga mereka. Namun sewaktu usia kandungan Liana 9 bulan, Iskandar mengalami kemalangan dan meninggal dunia.  Liana membesarkan Zulkarnain anak mereka dengan azam menjadikan dia seperti mana doa ayahnya Iskandar.


PARA PELAKON

 NNT FIKIR 



  

Wednesday, October 8, 2014

UTK LEBIH DIHORMATI PENUHI DADA DGN ILMU... WALAUPUN KITA SEORANG POMPUAN NOKS!!!! KAU RASA??? PILING TAK?

WANITA DAN ILMU

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِ م

"Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim".

Sesungguhnya tuntutan menuntut ilmu bukanlah tuntutan khusus bagi kaum adam semata. Sebagai wanita yang memegang amanah hebat membentuk generasi ummat, kaum hawa juga tutut sama dipertanggungjawabkan untuk mencari dan mendalami ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu perlu dijadikan salah satu rutin kehidupan yang tidak boleh dikesampingkan. Dalam kesibukan menjadi tenaga kerja juga suri rumahtangga, wanita wajib mencari ruang dan peluang untuk sama-sama menambah ilmu dan pengetahuannya. Bagi memulakan langkah menjadi wanita solehah yang akan bahagia di dunia dan akhirat, wanita perlu terlebih dahulu bersedia menjadi penuntut ilmu sepanjang masa. Mendalami bahan bacaan, menghadiri pengajian, berkongsi sesama kawan-kawan yang baik adalah antara cara mudah mencambahkan ilmu pengetahuan. Namun sebagai wanita muslimah yang mempunyai nilai dan darjat yang mulia dari wanita-wanita lain, adab dan etika menuntut ilmu haruslah difahami sebaiknya. Dengan pemahaman yang baik, wanita mampu mencapai keutamaan dalam hidupnya tanpa mengabaikan tanggungjawab dan amanah sedia ada.
Antara adab-adab yang perlu difahami oleh golongan muslimah berkaitan dengan menuntut ilmu adalah:
1. Mendapat izin suami (untuk yang bersuami) untuk keluar menuntut ilmu.
2. Penglibatannya dalam majlis ilmu perlulah aman dari fitnah.
3. Mencari guru di luar setelah tiada yang boleh mendidiknya di kalangan mahramnya.
4. Tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga dan keluarga.
Wanita tidak akan mampu menjadi isteri, ibu, anak, pekerja, ketua, atau apa sahaja tanpa ilmu yang mencukupi. Dan hanya ilmu agama yang mampu menambah kesempurnaan tugas seorang wanita samaada dalam kehidupan peribadi atau bermasyarakat. Ini kerana Islam sebagai agama yang sempurna telah menyediakan garis panduan yang cukup lengkap untuk membantu para wanita menjadi yang terbaik di kalangan yang baik.

“Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya mengerti masalah agama.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Persoalan hari ini sejauh mana masyrakat merasa perlu untuk terus mendalami ilmu? Adakah cukup dengan pengiktirafan dari helaian sijil yang menyatakan seseorang itu telah memiliki ilmu dalam bidangnya? Inilah persoalan yang cukup membimbangkan bilamana ijazah dan kelulusan menjadikan manusia merasa cukup dengan apa yang ada. Jawatan besar juga membuatkan manusia merasa hebat dan sempurna dari terus mempersiapkan diri menambah ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama. Hari ini, kata-kata ‘Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’ seakan tidak ada kebenaran. Kita seakan rela berada dalam budaya ikut-ikut dari mengkaji sendiri sesuatu yang datang kepada kita melalui neraca

timbangan ilmu yang benar. Kita seakan tidak sanggup menggadaikan sedikit masa untuk mendalami ilmu apalagi untuk menjadi pencinta-pencinta ilmu.

“Imam Syafii (Rahimahullahu Ta’ala) berkata:
“Barang siapa yang tidak cinta terhadap ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya; dan janganlah di antara kamu dengannya terjalin hubungan intim dan tidak perlu kenal dengannya, sebab orang yang tidak mahu mencari ilmu, tentu ia tidak akan mengetahui cara-cara beribadah dan tidak akan melaksanakan ibadah sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. Seandainya ada seseorang yang beribadah kepada Allah Swt. seperti ibadahnya para malaikat di langit, tetapi tanpa dilandasi dengan ilmu, maka ia termasuk orang-orang yang merugi.” (Dikutip dari kitab ‘Ilajul Amradlir Radiyyah, hamisy kitab ‘Fawaidul Makkiyyah’, halaman 14-15)
Nyata di sini bahawa ilmu amat diperlukan untuk menjana kecemerlangan seseorang insan. Tanpa ilmu manusia tidak mungkin memiliki apa-apa yang dihajatinya dengan pemilikan yang sebenar. Memiliki ilmu akan menjadikan manusia mampu menyelamatkan diri dari kejahilan yang pastinya akan merosakkan kehidupan.

Dr. ‘Aidh Qarni dalam bukunya yang bertajuk ‘La Tahzan (Jangan Bersedih) ada menyebut tentang bagaimana ilmu mampu menghilangkan kesedihan dalam diri manusia. Beliau menyatakan bahawa manusia yang memiliki ilmu akan memahami hikmah disebalik ujian dan kesedihan yang ditimpakan Allah padanya. Dengan yang demikian kesedihan dapat diatasi dengan sebaiknya.
Ilmu tidak hanya diperlukan untuk meraih habuan dunia semata, bahkan ilmu yang lebih utama adalah ilmu yang mampu menghidupkan jiwa untuk terus mengingati Allah dan RasulNya.
Saidina Ali r.a ada menyatakan:

“Sesiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang menghendaki keduanya maka hendaklah juga dia berilmu’.

Saturday, September 27, 2014

AL-QURAN PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT... TERMASUKLAH PENYAKIT HATI...

AL-QURAN ITU PENAWAR
Hari ini apa saja jenis ubat yang dijual pasti mendapat sambutan. Maklumlah pelbagai penyakit dah muncul sampai ada yang tak ada nama nak digelar padanya. Kalau dulu2 sesetengah penyakit hanya mendekati golongan berusia, tapi hari ini seakan tak ada halangan untuk sesuatu penyakit menyerang sesiapa saja hatta kepada anak2 kecil..
Untuk lepas dari penyakit, manusia sanggup lakukan apa saja. Apalagi bila kesakitan itu ditimpa kepada orang yang kita sayang..wang ringgit bukan sesuatu yg penting lagi..sebut saja di mana2 pun kalau betul ada ubatnya, kita akan sanggup pergi..memang bagus berusaha mencari ubat dan rawatan, tapi lagi bagus kalau kita berusaha mencegah dari awal..sebab kebanyakan penyakit datang selepas kita yang menjemputnya ;)..
Allah dah sebut bahawa al-Quran adalah penawar dan rahmat..sungguh! itulah hakikatnya sebab kata2 Allah semuanya benar..tapi persoalannya, berapa ramai dari kita yang dah menjadikan al-Quran sebagai penawar..dan dah mengambil dengan sepenuh hati ayat2 dari kitab suci ini sebagai sumber pencegahan segala penyakit kita?? Inilah soalan yang kadang2 boleh buat orang menggaru kepala.. ;)
Ramai dari kita yang memaksa diri percaya setelah ubat2 lain ‘tak jalan’ untuk sembuhkan penyakit2 mereka..maka larislah perubatan yang meletakkan bacaan ayat al-Quran sebagai salah satu kaedah rawatan..mungkin ini perkembangan positif tentang penerimaan kita pada ayat2 al-Quran..
Namun apa yang menyedihkan bila penawar al-Quran hanya diperlakukan seperti ubat biasa yang kita ambil..hanya ambil bila perlu..dan tinggalkan bila dah rasa sedikit sihat. Seperti orang2 yang terkena gangguan makhluk halus… derita gangguan menjadikan mereka ‘terpaksa’ belajar memasang ayat2 al-Quran di rumah.. dan Alhamdulillah banyak berlaku, kerana ‘diganggu’ kita baru mahu mengambil tahu tentang ayat2 Allah ini..namun amat mendukacitakan kalau apa yg diamalkan dalam ketakutan ini tak dilatih tubi untuk dikekalkan..
Realiti ini sebenarnya menyedihkan…menjadikan Allah dan kalamnya sebagai pilihan terakhir dalam membuat keputusan..dan kadang2 yang lebih memalukan bila ayat2 al-Quran dijadikan azimat dengan sekadar ikut2an.. dan sebab itu ada yang tidak tahu pun ayat apa yang digantung di premis mereka kerana meletakkannya sekadar meniru kebiasaan orang lain! Maka jika beginilah kisahnya, susahlah.. mana mungkin kita merasa keberkesanan dan kehebatan kalam Allah kalau penerimaan kita bukan sepenuh hati…
Mungkin sekarang sudah masanya kita kembali menjadikan Al-Quran sebagai terapi dan penawar utama diri dan keluarga kita..bermula dengan membawa al-Quran ke dalam rumah-rumah kita.. belajar membaca atau merutinkan bacaannnya bagi yang sudah mahir membaca.. moga manfaatnya nanti bukan hanya memberi kesihatan dan ketenangan di dunia tapi al-Quran juga mampu mensyafaatkan kita di hari akhirat nanti.
Ayat syifa’ @ hadith tentang syafaat al-Quran.

Thursday, September 25, 2014

KITA YANG BERUNTUNG


Cakap pasal untung mesti akan terbayang pasal urus niaga kan? ye la..mana nak datang untung tanpa keluarkan modal...kalau nak untung besar..modal pun kena besar la...betul tak?? itu cerita berniaga tapi kita tak nak cerita berniaga2 ni sebab bukan semua orang jiwanya suka nak berniaga...tapi yang pasti semua orang nak untung....kan?

Dalam tak sedar kita yang bernama muslim ni memang dah semulajadinya beruntung...untung besar lagi...kita ada Allah yg maha hebat dari segala sudut dan segi...kita ada Dia yang akan mencukupkan segala kekurangan kita...kita ada Dia yang maha baik dan maha memahami segalanya...kita ada tempat mengadu yang tak pernah perlukan kita buat appointment kalau kita memerlukan...sentiasa available dan free of charge....cuma silap kita sendiri yang selalu meletakkan term and condition untuk menghadap Allah....hatta untuk ingat Allah...sedangkan Allah tu sentiasa ada untuk kita dan teramat dekat dengan kita...

Mungkin kita selalu rasa susah untuk ingat Dia dengan sebab segala bentuk pra syarat yang kita cipta itu.. tapi kita perlu tahu yang Allah tak pernah letakkan apa2 syarat kelayakan untuk kita meminta, mengharap, merayu atau merintih pada Dia...bila2 masa dan di mana sahaja...Dia ada untuk mendengar 'cerita' kita...mungkin kita tak ingat Allah sebab kita tak ada cerita nak diceritakan pada Dia...tapi betul ke?? atau kita yang tak mahu bercerita...lebih selesa untuk disimpan dan diceritakan pada orang2 tertentu...orang yang kita sayang atau orang yang sayang kita.. atau untuk orang yang
kita rasa boleh faham perasaan kita..tapi ada ke yang lebih sayang dan faham kita daripada Allah.??..
Allah amat faham kita sebab tu Dia tak pernah minta balasan dari apa yang Dia bagi sebab Dia tahu kita ni tak ada apa2 pun...sayangnya Dia pada kita..walaupun kita tak ingat Dia dan 'jasa2' Nya tapi tetap Dia bagi juga lagi rezeki dan nikmat pada kita...baiknya Dia kan??
Rasa susah mungkin sebab kita tak pandai...tak pandai tu datang dari tak tahu...nak tahu kena belajar...banyak step tu kan??

Tapi kita ambil saja yang paling mudah dulu...minta saja dengan Allah. Nabi s.a.w ada ajarkan Saidina Muaz r.a satu doa...
اللهم اعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatimu, bersyukur padaMu dan melakukan ibadah kepada Mu dengan sebaiknya"
Nak paham, nak pandai dan nak dimudahkan itu semua dari Allah. Jadi..jom selalu ingat dan minta dari Allah..