Sunday, August 31, 2014

BUKU BAJET DIVA JaJa..

Penghargaan…

Ku titipkan buku ini dari sebuah hati yang sedang belajar mengenal diri dan erti kehidupan..sungguh hidup ini sangat sukar dimengertikan..namun apa yang aku harap hanyalah sebuah redho agar aku diterima sebagai hamba yang dipandang oleh Tuhannya..
Buat semua yang dikasihi..
Terimalah..sebuah perkongsian dari hati ke hati..
YA ALLAH, TERIMA KASIH
Ya Allah.. Terima kasih atas kehidupan ini.. Kau hidupkan aku dalam iman padaMu Kau beri aku nikmat kasih sayang yang amat banyak Kau limpahkan aku rezeki yang sangat Kau pelihara
Ya Allah.. Terima kasih kerana memberi aku kefahaman Memahami maknamat dan ujian Memberi sedar bahawa tiada beza pada keduanya Hanya untuk menarik aku padaMu semata Ya Allah.. Aku menerima segalanya dariMu Kadang di sebalik wajah manusia Kadang terlindung dalam sebuah rasa Kerap juga hadir meneman hati Namu n ku pasti Kau maha memberi.. Ya Allah.. Moga terima ku untuk kasihMu Moga kasih ku jadi terimaMu Aku bukan pemberi Hanya mahu terus berterima kasih.. Ya Allah.. Kau yang maha Tahu.. Kau punya Mahu... Moga terima kasihku Kau terima Moga kasihMu tetap ku rasa..
Ya Allah.. Engkaulah selayaknya tempat aku berterima kasih.. Walau tanpa alasan.. Walau tanpa balasan... Kerna nyata segalanya tak sia-sia..


Kau rasa??

No comments:

Post a Comment